KEMATIAN demi kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari di negara ini.

Buktinya setakat semalam, kes kematian baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) seramai 125 individu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,385.

Justeru, memahami kedukaan mereka yang kehilangan ahli keluarga tersayang kerana jangkitan koronavirus, kerajaan negeri Selangor mengumumkan bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000.

Secara tidak langsung bantuan tersebut membantu meringankan beban waris menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.

Perlu diingatkan, penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan

Antara syarat:

1. Warganegara Malaysia.

2. Pemohon (waris terdekat) dan mangsa meninggal dunia merupakan anak kelahiran dan menetap di Selangor atau bermastautin di negeri tersebut melebihi 10 tahun.

3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian.

4. Meninggal dunia di negeri Selangor.

5. Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja.

6. Terhad kepada satu permohonan bagi satu keluarga.

7. Tarikh permohonan dibuka pada 12 Julai hingga 12 Ogos 2021.

8. Permohonan hanya melalui www.selangorprihatin.com

Perlu diingatkan, penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat lengkap.

Iklan

Perlu diingatkan, penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan

Baca juga Pesakit dipindahkan ke wad Covid-19, bukan ‘dikosongkan’, ketika lawatan PM ke HTAR

Iklan

Sebarang pertanyaan mengenai sila hubungi talian hotline 24 jam 1-800-22-6600.

Selain itu, Pengurusan Kematian Covid-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut menyediakan bantuan one-off hingga kadar maksima RM5,000 kepada waris individu yang meninggal dunia disebabkan Covid-19.

Pada 17 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan agar penggunaan Tabung Covid 19 NADMA diperluaskan bagi meliputi bantuan khas pengurusan kematian kepada waris.

Sumber: Twitter Amirudin Shari