10 tip hadapi kebakaran, asap tebal boleh membunuh

A
A
A

KEBAKARAN adalah satu bencana yang sering terjadi. Pembakaran tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi.

Ia boleh terjadi disebabkan sengaja atau tidak sengaja, namun natijahnya ia akan menyebabkan kerosakan, kemusnahan binaan,  kecederaan atau kematian kepada manusia.

Malah alam sekitar juga boleh tercemar dan musnah susulan kebakaran. Menurut statistik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bangunan yang paling banyak terbakar dari tahun 2013 hingga 2019 ialah rumah kediaman jenis teres.

Pun begitu, premis seperti pusat membeli belah juga tidak terkecuali.

Baca juga: [VIDEO] Api marak, tong gas terbakar, tindakan pantas lelaki selamatkan rumah jiran

ASAP TEBAL

Selain api yang menjulang, asap tebal juga boleh mengakibatkan kematian. Asap tebal mengganggu pernafasan sewaktu mangsa terperangkap di dalam bangunan yang terbakar.

Menurut Asec, udara yang disedut oleh manusia terdiri daripada oksigen dalam kapasiti lebih kurang 20.7 peratus, gas nitrogen 79 peratus dan karbon dioksida 0.3 peratus.

Namun, semasa kebakaran, kadar oksigen dalam udara berkurangan sehingga ke paras 16 atau 14 peratus.

Apabila mencapai kadar tersebut, badan manusia tidak mampu bertahan seterusnya menyebabkan pengsan. Setiap kebakaran boleh menghasilkan tindak balas berbeza termasuk rantaian tindak balas yang akan mengganggu sistem saraf.

Pembakaran pepejal seperti kayu akan membebaskan gas alkohol, aseton, metana dan wap air. Semua jenis gas ini bersifat toksik dan mampu mengganggu sistem tubuh.

Semasa kebakaran, asap yang mula-mula terhasil bersifat panas dan mudah meruap ke atas ruang bilik atau bangunan.

Kes lemas asap mempunyai mekanisme yang sama dengan lemas di dalam air iaitu kedua-duanya disebabkan pengurangan oksigen di dalam paru-paru. Paru-paru mangsa terisi air atau gas beracun.

TIP HADAPI ASAP TEBAL KEBAKARAN

Akibat asap tebal, penglihatan mangsa juga kabur dalam mencari arah untuk keluar dari bangunan. Situasi ini boleh mengakibatkan kesukaran bernafas dan seterusnya kematian.

Berikut adalah enam tip yang perlu dilakukan apabila anda terperangkap di dalam kebakaran:

1- Sekiranya berada di dalam bilik yang dipenuhi asap,utup hidung dan mulut anda dengan sehelai kain basah dan elakkan bernafas melalui mulut

2-Meniarap hampir dengan permukaan lantai kemudian merangkak ke arah keselamatan, dengan kepala anda sentiasa di bawah asap.

3-Jika terperangkap dalam kebakaran di bangunan tinggi, masuk ke dalam bilik yang selamat, sebaik-baiknya yang mempunyai tingkap terbuka, pengudaraan baik dan berhadapan jalan raya.

4-Tutup pintu di belakang anda dan tutup ruang di bawah pintu dengan selimut, kain atau fabrik lain bagi mencegah asap daripada memasuki bilik.

5-Pergi ke tingkap, jerit untuk menarik perhatian orang tentang kebakaran dan hubungi Bomba jika berupaya.

6-Tenangkan diri dan jangan cuba melompat keluar dari bangunan yang tinggi.

Baca juga: Bengang dengan majikan, wanita bakar gudang minyak akibatkan kerugian RM5 juta

PAKAIAN DISAMBAR API

Api marak dalam masa yang singkat menyambar apa sahaja yang ada di sekeliling. Sekiranya pakaian yang dipakai anda terbakar, lakukan empat langkah ini:

1-Berhenti berlari.

2-Cuba tenangkan diri.

3-Rebahkan badan ke lantai serta-merta.

4-Bergolek berulang kali sambil menutup muka dengan tangan untuk memadamkan api.

Semoga dengan tip ini, kita semua tidak panik apabila berhadapan kebakaran.

Terdahulu, Pusat membeli-belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur terbakar. Video dan foto kebakaran tersebut tular di laman sosial. Antaranya yang sempat dirakam adalah ketika kepulan asap hitam naik ke udara dari pemandangan sudut bawah serta ketibaan anggota bomba di tempat kejadian.

Kebakaran tersebut difahamkan berpunca daripada dapur di sebuah restoran yang terletak di aras satu pusat membeli-belah berkenaan. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Semoga informasi ini bermanfaat!

Baca juga: Sanggup korban nyawa selamatkan warga emas dalam kebakaran, kematian remaja 15 tahun buat ramai sebak

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca