Air Terjun Berkelah kotor, sikap pentingkan diri susahkan orang lain
AIR terjun adalah salah satu tempat yang nyaman dan mendamaikan.
Ia juga lokasi menarik untuk bermandi-manda bersama keluarga atau rakan disamping menghirup udara yang segar.
Seronok sebenarnya dapat bermesra dengan alam semula jadi ni, sambil mandi-manda air terjun boleh juga berkelah kan.
Tapi, yang tak bestnya bila ada pengunjung yang tidak bertanggungjawab mencemari tempat itu dengan sampah sarap.
Itulah realiti yang berlaku di Air Terjun Berkelah, Pahang seperti yang dikongsikan Facebook Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Menurutnya, setiap orang mahukan air terjun yang bersih. Tapi apabila dah bersih, kita pula yang kotorkan balik, jenis pentingkan diri sendiri.
"Alah, plastik sikit je," kita kata. Kalau 10 orang fikir benda sama, tak ke banyak jadinya? Kalau 10 orang start buang sampah merata-rata, tak keberpuluh-puluh beratus-ratus ikut perangai sama?
Perubahan tu kena mula daripada kita dulu. Baru anak-anak kita ikut.
Di samping itu, SWCorp turut menyeru agar orang ramai supaya katakan #TakNakPlastikBaru dan amalkan #GunaSemulaPlastikLama dalam kehidupan seharian.
Artikel berkaitan: Awas hati-hati penggemar emas, tipu timbang taktik licik si penjual
Jerangkang Truck bantu kutip sampah
Namun, apa yang mengejutkan, selepas sehari tular foto tersebut, tampil sekumpulan grup anak muda yang berhati mulia telah mengutip semua sampah sarap di situ.
Menerusi perkongsian Jerangkang Truck kepada Facebook Kuantan mengatakan kawasan tersebut sudah dibersihkan dan beberapa foto kawasan tersebut turut dikongsi.
Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet, rata-rata mengucapkan tahniah untuk anak muda yang turun membersihkan kawasan tersebut dengan segera.
Kata mereka, Syabas Jerangkang truck, terima kasih di atas keprihatinan dan kesungguhan team anda. Semoga akan lahir lebih ramai sukarelawan seperti team anda.
Dan semoga pengungjung mana-mana tempat perkelahan membawa pulang sampah masing-masing. Jadilah manusia yang bertangungjawab.
Syabas anak muda ini! Kita memerlukan lebih banyak anak muda seperti mereka. Yang paling penting cuba belajar daripada mereka. Sampah tolong jangan buang merata-rata tempat. Sikap tunggu MPK, alam flora atau pihak berkuasa kutip ini tak betul. Harap siapa yang buang sampah itu sedar.
Mulia sungguh hati yang sudi membersihkan kawasan perkelahan tu, semoga mereka dimurahkan rezeki dan dilimpahi dengan setimpal apa yang mereka buat itu. Besar pahalanya.
Ya Allah kurniakan anak-anak muda ini kekuatan dan kecergasan selalu dalam membantu menjaga alam sekitarkerana Allah suka pada kebersihan.
Tahniah anak muda! Anda telah menunjukkan amalan murni buat masyarakat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang