Alhamdulillah, e-wallet RM100 bakal diterima Disember ini, 5 info perlu tahu

A
A
A

ALHAMDULILLAH, syukur inisiatif kredit e-tunai atau e-wallet bernilai RM100 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Julai lalu bakal menjadi kenyataan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak.

"Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji," katanya kepada Bernama.

Baca juga: Alhamdulillah, kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) naik RM3,700, bayaran pertama Februari, 10 info perlu tahu

Kredit foto: Bernama

Berikut lima info penting berkaitan:

1- Inisiatif ini bukan sahaja terhad kepada isi rumah penerima sahaja tetapi juga kepada pasaran tempatan terutamanya kepada peniaga kecil dan penjaja.

2-Terdahulu, Anwar memaklumkan inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

Kredit foto: Sinarplus Generate by Midjourney

3-Lebih 10 juta orang layak menerima pemberian kredit-tunai ini.

4-Ia akan diberikan kepada rakyat dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah (golongan B40 dan M40).

5-Dana sekitar RM1 bilion diperuntukkan untuk bantuan ini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Berita baik! Akaun KWSP Fleksibel boleh diakses bila-bila masa, 8 info wanita perlu tahu

Baca juga: Berita baik! Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa, penjawat awam bakal terima RM300, 5 info perlu tahu

Sumber: Astro Awani, " target="_blank" rel="noopener">2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca