Anak demam, batuk berkahak, hingus tak hilang ikhtiar air rendaman kembang semangkuk, alternatif ubat
ANAK demam dan batuk, ibu bapa tak senang hati. Akhir-akhir ini sana sini selesema dan batuk, tak kurang juga demam.
Anak selesema dan batuk berkahak merunsingkan. Di samping ubat-ubatan dibekalkan doktor, ia selalunya boleh diredakan dengan petua lama ini.
Pengguna Facebook Ainini Zainal berkongsi tip meredakan kahak si kecil menggunakan biji kembang semangkuk. Ramuan yang biasanya diletakkan dalam minuman laicikang itu ternyata boleh menyejukkan badan dan membuang kahak.
Baca juga: Batuk berkahak tak reda-reda, pakar otak saran minum teh campuran halia, bunga cengkih
“Air rendaman biji kembang semangkuk bagus untuk keluarkan kahak dan hingus anak yang selesema serta batuk,” katanya.
Di mana nak dapatkan biji kembang semangkuk? Ia boleh didapati di pasar harian, pasar raya bahagian rempah dan barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain. Menurutnya terdapat juga biji kembang semangkuk yang telah dipekkan.
Ainini juga berkongsi cara penyediaan biji kembang semangkuk atau Malva Nut atau Taiwan Sweet Gum ini.
BAHAN
2 biji kembang semangkuk [BELI DI SINI]
Air secukupnya
CARA
1-Rendam biji kembang semangkuk ke dalam air masak.
2-Selepas setengah jam, tapis dan ambil airnya.
3-Campurkan air tersebut dengan sedikit madu.
4-Sebaik-baiknya minum tiga kali sehari.
“Air rendaman biji kembang semangkuk ini juga boleh dijadikan pengganti air kosong. Simpan dalam botol dan minum sekerap mungkin.
“Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak. Selepas itu, akan lebih ok, biiznillah.
“Untuk bayi bawah setahun dan menyusu badan, ibu yang perlu kerap minum air rendaman ini. Ia sesuai untuk kanak-kanak setahun ke atas,” kongsinya.
Baca juga: Minyak bawang putih pelbagai guna homemade untuk batuk, berkahak dan selesema pun boleh
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak tidak ditinggalkan.
Ainini turut berkongsi beberapa tip perlu dilakukan untuk ibu bapa bagi membantu batuk berkahak cepat reda.
-Elakkan memberikan anak makanan yang menghasilkan kahak seperti gula, makanan ringan, makanan segera, kerepek, coklat, aiskrim, kek atau biskut.
-Selain itu, susu tepung, susu (walaupun organik), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli dan rye juga pencetus kahak yang perlu dielakkan dalam tempoh batuk.
Baca juga: Anak batuk tak henti, selesema, ini cara mudah doktor dedah patut ibu lakukan
INFO BIJI SEMANGKUK
1-Nama saintifiknya ialah Scaphium longiflorum. Ia juga mempunyai beberapa genetik seperti yang biasanya ialah Scaphium macropodum dan Scaphium lychnophorum.
2-Nama ialah selayar, thilaung, samrung, thibyu, shaw,thau-thinbaw (Myanmar), kembang semangkok, kapas-kapasan (Indonesia).
3-Biji kembang semangkuk ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina sebagai penyejuk dan turut digunakan untuk merawat masalah berkaitan gastrousus serta memberi kelegaan kepada ketidakselesaan tekak.
4-Selain melegakan batuk berkahak, air biji rendaman kembang semangkuk ini juga dipercayai boleh dijadikan air pelawas untuk anak yang kerap mengalami sembelit.
5-Kandungan bassorin dalam kembang semangkuk berperanan untuk membantu mengurangkan keradangan pada sel badan.
Baca juga: 7 makanan pencair kahak anak, mak-mak pastikan ada di rumah
Sumber: Ainini Zainal
Foto utama: Ainini Zainal, Nisya Tioman
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang