APABILA anak mengalami batuk, ibu ayah tentu bimbang. Apatah lagi jika batuk berkahak, tidur malam pasti tidak lena. Jika anak kerap batuk berkahak, selain ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, bantu redakannya dengan makanan ‘pencair kahak’ ini.

Batuk membantu membersihkan bahan dari saluran pernafasan dan menghalangnya daripada masuk ke paru-paru. Bahan tersebut mungkin zarah yang telah disedut atau bahan dari paru-paru atau saluran udara.

Baca juga: Marjerin sangat tidak sesuai untuk anak, ibu wajib ambil tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Baca juga: Anak selalu batuk, selesema carilah matahari dan tanah, doktor kongsi tip redakan 

Lazimnya, apabila dijangkiti batuk, kahak akan terhasil. Buat ibu-ibu yang resah anak batuk berkahak, perkongsian makanan ‘pencair kahak’ oleh Dr Mazliana Mazlan ini boleh dijadikan panduan.

Beliau mencadangkan tujuh jenis makanan yang dikatakan boleh meredakan kahak dan ‘ketat dada’ pada si manja.

“Apabila dada anak ketat dengan kahak, boleh hidangkan dengan kerap makanan ini. Kita cuba. Antara makanan pencair kahak untuk anak-anak,” kongsinya.

Baca juga:Jauhi makanan proses, ibu mengandung tak boleh tinggal buah

Baca juga: Sedapnya, ibu perlu tahu 7 sebab kenapa perlu beri anak air kelapa setiap minggu

Tujuh makanan tersebut adalah seperti berikut:

1-Ikan
2-Bawang
3-Labu
4-Sayur hijau
5-Nanas
6-Buah pear
7-Lada Benggala (capsicum)

Iklan

Pun begitu, ibu bapa dan penjaga perlu mendapatkan rawatan kecemasan segera sekiranya batuk si kecil mula menunjukkan gejala-gejala ini:

-Bibir bertukar menjadi biru
-Bunyi berdecit yang kuat (stridor) apabila kanak-kanak menarik nafas
-Kesukaran bernafas
-Keadaan fizikal yang lesu
-Batuk berulang yang tidak terkawal diikuti dengan nada tinggi semasa menarik nafas (bunyi ‘whoop’)

Baca juga:Kurangkan kecacingan anak, ibu wajib tahu khasiat betik, bijinya

Iklan

Sumber: Dr Mazliana Mazlan, MSD Manual

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.