Anak tak boleh fokus belajar dari rumah, ini 5 cara mudah bantu anak kinestetik
KINI sistem pendidikan dari tadika, taska sehinggalah ke Institut Pengajian Tinggi diuji dengan kebolehan mereka mengadakan sesi pembelajaran dan pengajaran secara atas talian.
Tambahan pula kini sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah diguna pakai bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan Covid-19 yang belum reda.
Menerusi sistem tersebut, cara pembelajaran hanya melalui capaian internet, peranti dan belajar secara ‘real time’.
Bagi pelaksanaan luar talian pula murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian internet.
Namun, ada pihak yang mendedahkan terdapat ibu bapa yang mengeluh sejak mengikuti PdPR yang bermula Rabu lalu.
Selain merungut perlu menyediakan kelengkapan yang pastinya sedikit membebankan bagi mereka yang mempunyai anak ramai, ada juga ibu bapa yang mendakwa anak mereka terlalu kecil untuk megikuti PdPR tambahan pula ada dalam kalangan mereka mempunyai anak kinestetik.
Apa itu anak kinestetik?
Anak kinestetik adalah perangai anak-anak yang jenis tak suka duduk diam. Jenis tak duduk diam ni maksudnya anak-anak yang aktif suka berlari sana sini, memanjat sofa dan sebagainya.
Hal ini dipanggil kecerdasan kinestetik dan sebenarnya ini adalah satu bakat atau kemahiran yang sangat istimewa.
Namun, bakat luar biasa mereka itu kini makin memeningkan ibu bapa sejak PdPR dilaksanakan.
Menyedari akan masalah yang kini dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak sebegitu, salah seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Siti 'Aisyah Rozalli berkongsi beberapa tip mudah cara untuk anak kinestitik ini belajar online.
“Tak boleh duduk diam!
“Zaman belajar online ni, memang anak-anak kita yang kinestetik ni akan struggle lebih.
“Tapi, ada cara untuk kita bantu kurangkan kesukaran dan cabaran mereka nak cuba fokus online ni. (Eh. Anak-anak cuba tau... bukan tak cuba...),” tulisnya di Facebook.
Antara langkah yang boleh dibuat adalah seperti :
1.Duduk atas gymball
Bagi anak kinestetik kita tu duduk atas gymball sambil belajar. Memang ada research yang mengatakan, anak-anak boleh fokus lama sikit bila duduk atas gymball.
Sebabnya....
Mereka boleh gerak-gerakkan badan dan tak duduk secara statik.
Beli sahaja gymball murah-murah seperti yang sedia ada dijual di pasar raya seperi Mydin atau beli sahaja di Shopee.
Beli saiz 45 inci atau 55 inci kalau anak kita dalam lingkungan usia enam hingga sembilan tahun.
2. Elak duduk depan dinding
Ya!
Kita selalu ingat kalau duduk depan dinding, akan kurang distraction kan?
Tapi, sebenarnya tidak!
Duduk depan dinding akan buat anak rasa "lemas".
Anak yang kinestetik ni, perlukan "VISUAL REST".
Mereka adakalanya perlu panjang jauh dan adakalanya pula perlu pandangan dekat.
Kalau duduk depan dinding, kita akan hilangkan Visual Rest anak, buat mereka lagi stress, maka secara tidak langsung mereka akan mula bergerak dengan lebih banyak.
3. Tutup semua distractions
Ini tip mudah! Janganlah pasang TV, Netflix mahupun radio masa waktu anak tengah online learning tu.
Memanglah diorang akan distracted nak pergi tengok dan dengar.
Support. Hilangkan benda yang buat anak distracted tu. Jangan sesekali buka. Jika perlu, sorok remote.
Kita ni sebagai mak ayah perlu usaha untuk disiplin diri kita dulu sebenarnya sebelum cuba untuk mendidik anak supaya ikut arahan kita. Betul tak?
4. Beri sensory break
Kalau anak nampak restless, bagi 3-5 minit break untuk anak melompat kejap, senaman kejap, somersault ke, mengunyah ke atau biar anak pilih sensory break apa yang dia nak.
Tapi, buat deal awal-awal. Sensory break, lepas tu kena sambung belajar.
5. Jangan putus semangat
Elak putuskan semangat anak dengan kita putus semangat dulu.
Anak serap semangat dari mak ayah tau.
Jadi, kita usaha untuk galakkan anak kita.
Dialog yang mungkin boleh kita guna pakai adalah seperti :
"You can do this!"
"It's okay, rest dulu, kejap lagi sambung"
"Takpe takpe. Kita usaha lagi".
Begitulah contohnya. ‘Online learning is real’. Belajar atas talian adalah benar.
Mari usaha bantu anak kita untuk terima dan mahir dengan sistem yang kini diguna pakai oleh semua pelajar di Malaysia.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
5 CARA AJAR ANAK KINESTETIK BELAJAR ONLINEAnak kinestetik ni adalah anak yang asyiiiiiikkkk bergerak.
Tak boleh...
Posted by Siti 'Aisyah Rozalli on Tuesday, 19 January 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang