Apa sebab kita sering rasa lesu dan penat? Makanan ini mungkin menjadi puncanya
PERNAHKAH anda berasa lesu dan letih sepanjang hari? Apabila lemah, biasanya kita tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk menjalani rutin harian.
Lazimnya, keadaan itu sering kali dikaitkan dengan penggunaan tenaga yang berlebihan atau berada di bawah tekanan yang luar biasa.
Pun begitu, Pakar Psikiatri Pemakanan, Harvard Medical School, Dr Uma Naidoo memberitahu CNBC Indonesia, terdapat beberapa makanan yang boleh menjadi penyebab seseorang mudah letih dan tertekan.
Ada juga kajian menyatakan, pemakanan boleh mempengaruhi kesihatan fizikal, penampilan dan persekitaran.
Malah, ia juga boleh memberi kesan kepada otak, hati dan keupayaan tenaga. Seperti yang kita maklum, usus dan otak sangat berkait rapat antara satu sama lain.
Mana tidaknya, keradangan usus boleh menyebabkan otak kehilangan tenaga kerana ia mematikan suis metabolik dalam laluan kimia yang menghasilkan tenaga.
Bukan itu sahaja, tisu otak seseorang juga berisiko besar terdedah kepada radikal bebas.
Justeru, terdapat lima jenis makanan yang boleh menyebabkan seseorang penat dan stres, antaranya seperti:
1. Makanan yang diproses
- Elakkan mengambil makanan yang telah diproses seperti makanan yang dibakar, soda dan makanan tinggi gula kerana boleh menyebabkan keradangan pada otak.
- Pilih makanan yang tinggi nutrisi seperti sayur-sayuran segar. Selain itu, makanan protein seperti daging lembu organik dan ikan segar.
2. Minyak benih industri
- Minyak tapis diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan seperti jagung, biji anggur, bunga matahari, kacang soya dan minyak sawit. Ia mengandungi tahap asid lemak omega-6 yang tinggi.
- Pun begitu, pemprosesan minyak itu menyebabkan kehilangan omega-3 yang berfungsi meningkatkan kesihatan otak dan menjadi punca penyebab tekanan.
- Sekiranya anda nak mengelakkan penat dan stres, gunakan alternatif lain seperti minyak zaitun dan minyak alpukat.
3. Gula tambahan dan gula halus.
- Bukan sahaja pencuci mulut, gula juga terdapat dalam makanan seperti sos tomato, sos salad dan makanan berperisa seperti kentang goreng.
- Jika diambil secara berlebihan, seseorang akan mengalami masalah usus dan menjadikan emosi tidak stabil.
- Selain itu, gula juga mempunyai sifat ketagihan. Boleh menggantikan gula dengan makan makanan lengkap seperti buah-buahan atau coklat gelap tambahan.
4. Makanan bergoreng
- Kajian pada tahun 2016 telah dilakukan untuk mengukur tahap kemurungan, ketahanan dan pengambilan makanan bergoreng terhadap pekerja kilang.
- Hasil kajian mendapati, seseorang yang mengambil makanan bergoreng dalam jumlah besar lebih cenderung mengalami tekanan.
- Ini kerana makanan bergoreng mengandungi lemak jahat yang menyebabkan penyakit kardiovaskular
5. Pemanis tiruan
- Segelintir orang mendakwa bahawa pemanis tiruan merupakan bahan yang sihat tetapi ada kajian mendedahkan bahawa ia boleh menyumbang kepada kemurungan.
- Bukan itu sahaja, satu kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil minuman diet dan mengandungi pemanis tiruan lebih terdedah kepada tekanan.
- Lebih buruk lagi, penyelidikan menunjukkan bahawa pemanis tiruan boleh menjadi toksik kepada otak dengan mengubah kepekatan neurotransmitter yang mengawal mood.
- Oleh itu, individu boleh gantikan pemanis tiruan dengan pemanis semula jadi seperti madu atau nektar agave.
Sekiranya, anda mengalami situasi yang sama, elakkan pengambilan makanan sebegitu.
Pastikan juga dapat rehat yang secukupnya supaya kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.
Baca juga Elak makanan bergoreng, kafein ketika cirit-birit. Amalkan 9 tip mudah
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang