Awas! 8 negeri ini berpotensi dilanda puting beliung, berikut 6 fakta anda perlu tahu
KEJADIAN ribut di Ipoh baru-baru ini benar-benar menakutkan. Beberapa video rakaman peristiwa angin kencang yang digambarkan sebagai puting beliung itu menjadi tular di pelbagai platform media sosial.
Tidak dinafikan ramai yang bimbang perkara yang sama akan berulang. Justeru langkah berjaga-jaga dan persediaan perlu dilakukan segera.
Baca juga: [VIDEO] Menggerunkan, Seperti Di Luar Negara, 5 Fakta Kejadian Puting Beliung Membadai Ipoh
Menurut Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang, beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah diramalkan untuk terjadinya fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak semalam.
Baca juga: 8 Negeri Diramal Hujan, Ribut Petir Petang Ke Malam, Dijangka Hingga 3 Februari
Berikut enam fakta yang perlu korang tahu:
1-Negeri-negeri tersebut turut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
2- Bagi Sabah dan Sarawak, kebanyakan (yang akan berlaku) di kawasan di persisiran pantai seperti Bintulu, Miri dan Perairan Labuan dan Pantai Barat Sabah. Itu kawasan yang sudah melaporkan kejadian puting beliung dan kawasan ini akan sentiasa berlaku, bila keadaan cuaca sesuai (kehadiran awan kumulonimbus).
3- Faktor berlakunya kejadian ini disebabkan oleh kehadiran awan kumulonimbus yang besar menyebabkan perolakan yang kuat dalam awan tersebut, seterusnya membentuk corong awan pada dasar awan.
4- Ambun berkata amat sukar untuk MetMalaysia meramal kejadian puting beliung di Malaysia kerana ia berlaku pada skala yang kecil dengan jangka hayat yang pendek.
5- “Puting beliung sebesar ini dia sekejap sahaja, paling lama pun sejam dia berlaku. Jadi tempoh untuk memantau kejadian ini agak singkat, sebab itu dia agak sukar untuk diramal, tapi kita melihat pembentukan awan kumulonimbus dengan menggunakan imej radar kita yang ada di seluruh Malaysia,” kata Ambun.
6-Antara tanda awal akan berlakunya puting beliung ialah pembentukan awan yang besar dan dasar awan yang gelap serta corong awan yang menjulur ke bawah.
7-Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada sekiranya berlaku puting beliung. Elakkan mendekati kawasan tersebut dan mencari perlindungan di tempat selamat.
PERISTIWA PUTING BELIUNG PERNAH DIREKODKAN DI MALAYSIA
-Puting beliung Kota Damansara (13 Jun 2010) - suatu ribut puting beliung yang amat dahsyat telah melanda Kota Damansara. Antara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6, 7, 8, 9 dan 10.
Kawasan paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan Seksyen 8 Kota Damansara. Lebih 30 gerai penjaja. Selain itu, dianggarkan juga 120 batang pokok besar tumbang manakala hampir 29 buah kereta rosak dihempap pokok tumbang.
-Puting beliung Perlis (28 Oktober 2010) - Berlaku di sekitar kawasan Jejawi. Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan.
Baca juga: 7 fakta Taufan Rai, membadai Filipina 195km/j, hampir 400 maut
-Puting beliung Pulau Pinang (15 November 2010)- Berlaku di kawasan Gurney, Pulau Pinang, Malaysia. Berlaku kira-kira pukul 6.30 petang.
-Puting beliung di Pendang, Kedah (14 Oktober 2014) - Berlaku di Kampung Alor Besar mengakibatkan 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah mengalami kerosakan.
-Puting beliung di Alor Setar (31 Oktober 2014)- Berlaku di Sungai Baru, Kg Batin, Mergong Jaya pada pukul 4.30 petang
-Puting beliung di Alor Setar (12 November 2014) – Berlaku di Kuala Sala, Kampung Sungai Nonang, Kota Sarang Semut, Kuala Kangkong - pusaran angin dengan kelajuan 180kilometer sejam pada 3.00 petang.
-Puting Beliung di Bukit Besar(7 Mac 2018) – Berlaku di Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah Jam 7.00 petang.
Jom follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Bernama
Foto: CDC, Mirror UK
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang