Awas pemilik ekzos 'bising', anda berhadapan penjara 6 bulan

A
A
A

PEMILIK kenderaan yang didapati membuat kesalahan mengubah suai ekzos sedia ada hingga mendatangkan bunyi bising sehingga mengganggu ketenteraman awam akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan, selain denda maksimum RM2,000.

Menerusi satu kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan.

Menurutnya, mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

Katanya, ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan.

Selain itu, Azisman berkata, mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan daripada kesalahan berulang.

Awas pemilik ekzos 'bising', anda berhadapan penjara 6 bulan

Katanya, polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemiliknya mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan berkenaan tidak berlaku lagi.

Kata Azisman, penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut.

Katanya, pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menerusi operasi itu, setiap motosikal akan diukur bagi mengenal pasti sama ada pemilik mematuhi paras bunyi ekzos dibenarkan. Kompaun akan dikeluarkan JAS sekiranya melebihi paras bunyi ditetapkan.

Baca juga Kesan sampingan suntikan Vaksin Covid-19, ini apa yang perlu kita buat

Beliau turut mengingatkan ia bukan hanya tertakluk kepada pemilik motosikal, tetapi turut melibatkan pemilik kenderaan bermotor lain supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan bermotor.

Hati-hati semua ya! Segera bertindak mengubah semula kenderaan korang jika tidak mahu dipenjara dan didenda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca