Bantuan khas penjawat awam RM600 dibayar 25 Januari ini
BERITA gembira buat penjawat awam dan pesara kerajaan.
Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November yang lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas penjawat awam sebanyak RM600.
Penjawat awam yang akan menerima bantuan ini ialah Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah.
Selain itu, bantuan khas ini turut melibatkan pesara kerajaan yang menerima pencen dan veteran yang tidak berpencen.
Bagi pesara, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas sebanyak RM300 kepada mereka yang layak.
Bantuan khas ini akan dibayar bermula pada 25 Januari 2021.
Walau bagaimanapun, penjawat awam perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan, antaranya;
1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
2. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana tersebut merupakan:
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
- Pegawai yang bercuti gaji penuh.
- Pegawai yang bercuti separuh gaji.
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
3. Guru Interim
4. Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
6. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya Kehakiman.
7. Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kategori penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan khas ini iaitu:
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjamkan atau ditukarkan dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Khas.
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
- Pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
- Pegawai yang berpencen dan melepaskan pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
Baca juga Anak tak boleh fokus belajar dari rumah, ini 5 cara mudah bantu anak kinestetik
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu https://www.jpa.gov.my/.
Alhamdulillah, syukur kerajaan memberi bantuan. Guna sebaiknya dan jangan lupa terus amalkan SOP bagi memutuskan rangkaian Covid-19 ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang