Bantuan RM300 peranti, RM180 data internet buat B40. Pendaftaran dibuka hingga 31 Julai 2021
MASIHKAH korang ingat Program Jaringan Prihatin B40 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini?
Melalui pakej tersebut, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baharu dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan daripada syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.
Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta warganegara daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.
Sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.
Di bawah Jaringan Prihatin itu juga penerima yang layak boleh memilih salah satu dari dua manfaat iaitu pakej peranti atau pakej peranti + pelan data bulanan (bagi kategori B40).
Berikut merupakan nilai subsidi daripada kerajaan:
1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), (berkahwin atau ibu/ bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
- RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti atau RM180 untuk data internet bulanan selama 12 bulan.
2. Penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
- RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti atau RM180 untuk data internet bulanan selama 12 bulan.⠀
Oleh itu, bagi mereka yang layak, korang boleh mula buat pendaftaran bagi Program Jaringan Prihatin ini bermula 5 Mei hingga 31 Julai 2021.
Berikut cara tebus RM180 atau RM300 Program Jaringan Prihatin:
1. Semak kelayakan melalui laman rasmi BPR iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/
2. Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian.
3. Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:
- Pembelian peranti baharu
- Pembelian pelan data internet bulanan
4. Selesai! Korang kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan!
Untuk menikmati manfaat yang dinyatakan, sila daftar dengan syarikat telekomunikasi;
- Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
- Digi: https://digi.my/prihatin⠀
- Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀
- Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
- redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀
- speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
- Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
- U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀
- unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
- YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
- Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin⠀⠀
Artikel berkaitan: Berikut tarikh bayaran BPR fasa kedua. Belanja secara berhemah, jangan boros
Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Jaringan Prihatin ini, korang boleh layari laman web Belanjawan 2021 di belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/jaringanprihatin
Justeru bagi yang layak mendapat BPR, rebutlah peluang yang ditawarkan kerajaan ini. Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.
Semoga bermanfaat.
Sumber: eCentral
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang