"Beli emas ribu-ribu akhirnya tak laku"- Lelaki kongsi tip kenali emas palsu
EMAS perhiasan terbaik buat wanita. Memakai barangan yang berkilauan itu seakan dapat memberikan 'semangat' kepada diri pemakai untuk tampil cantik.
Rekaan unik dan elemen yang unggul itu betul-betul mempesonakan hati kaum wanita yang sememangnya lembut dan sopan.
Sejak akhir-akhir ini harga emas semakin menurun di pasaran sehingga mendorong ramai wanita termasuk golongan lelaki teruja untuk membeli emas.
Namun, perlulah berhati-hati dengan emas palsu.
Bagi mengelakkan diri daripada terbeli emas palsu ini, seorang pengguna Facebook bernama Azizul Azli Ahmad yang juga seorang perunding kewangan ada menerangkan berkenaan tips untuk mengenali emas palsu.
Katanya juga selain hantu, benda yang orang takut adalah emas palsu. Bayar ribu-ribu akhirnya tak laku.
Ini tujuh tip kenali emas palsu;
1. Uji dengan magnet
Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat.
2. Secara visualEmas biasanya akan di cop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k,18k,22k atau 24k dilogam tersebut.
Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.
3. Gigit emas
Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam.
4. Gores emas pada seramik
Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli.
5. Bawa ke AhrahnuMereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.
6. Timbang emas
Jika emas jongkong, bar di atasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak.
Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.
Artikel berkaitan: Harga turun mendadak, patutlah ramai serbu kedai emas!
7. Minta suami belikan emas
Jika dia marah-marah sebab isteri asyik minta emas, maknanya emas tulin. Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulin.
Jadi, buat korang pencinta barang kemas, harga pasaran sedang turun sekarang. Ini saatnya beli dan simpan emas.
Belajar simpan emas yang betul dan baik untuk masa depan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang