Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah keluarga pendapatan kurang RM2,500 terima hingga RM2,500, 5 info berkaitan
BERITA baik kepada mereka yang layak, bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diperbaik untuk membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi lanjut berkenaan STR.
Baca juga: Berita baik! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dikreditkan 17 Januari, 10 info perlu tahu
“Kerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 di bawah program (STR) Fasa 1. Beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar
terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR,” katanya.
Berikut lima info mengenainya wanita perlu tahu:
1-Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
2-Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.
3-Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
4-Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
5-Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40, tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara ini.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 ringgit dengan peruntukan RM400 juta ringgit yang akan dimanfaatkan oleh 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun di negara ini.
Baca juga: Bijak urus belanjawan peribadi, bersedia hadapi hari tua
Bagaimana anda ingin memeriksa sama ada layak untuk menerimanya? Anda boleh melakukan salah satu saluran berikut:
1-Semak di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan pembayaran Fasa 1.
2-Aplikasi STR dengan memuat turun ia dari Play Store/ App Store pada telefon bimbit.
3-Menghubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di talian 1-800-88-2747
4-Menghubungi Kementerian Kewangan 03-8882 4565/ 4566.
5-Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
LHDN menerusi Twitter memaklumkan tarikh permohonan dan kemas kini STR 2023 akan dimaklumkan.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Anak lahir 2018, 2019 dan 2020 boleh mohon prasekolah KPM bermula 1 Mac, 10 info ibu-ibu perlu tahu
Kredit foto: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang