Blender cili & bawang putih, sembur seminggu sekali hapuskan perosak tanaman cara organik. Selamat dan jimat!
BAGI anda yang suka berkebun di rumah, haiwan perosak musuh utama. Tak mahu gunakan baja kimia? Kini anda boleh hasilkan sendiri kawalan perosak organik yang lebih selamat dan menjimatkan.
Agronomist, Azuan Abdullah teknik menghasilkan larutan yang boleh disemburkan untuk menghapuskan'tetamu' tidak diundang seperti 'si empat beradik' afid (aphid), ulat koya (mealy bug), teritip (scale insect) dan lalat putih (whitefly) daripada menyerang tanaman.
Baca juga: Siram pokok salah masa punca tanaman tak menjadi, elakkan waktu-waktu ini
"Pagi-pagi orang blender bawang putih dan cili api nak buat sarapan, saya lain sikit. Blender cili api dan bawang putih untuk breakfast tapi buat kawalan perosak secara organik.
"Nak spray pada semua tanaman yang ada di rumah ni. Formula ni sangat mudah dan cepat. Namun bila kena pada perosak, mati kering la hangpa," titipnya.
Azuan turut berkongsi cara yang simple menghasilkan larutan semburan kawalan perosak. Cara membuatnya cukup mudah, hanya menggunakan bahan yang ada di dapur je.
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
3-5 biji cili api
1 liter air kosong
Baca juga: Cara mudah tanam ulam selom guna batang, tak perlu biji benih
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan cili api sekali dengan tangkai ke dalam blender.
2. Masukkan pula bawang putih. Pastikan bawang putih telah dikupas supaya ia hancur sekata.
3. Masukkan air pada paras separuh blender.
4. Kisar hingga hancur lumat.
5. Tapis dan tuangkan pati bawang putih dan cili api ini ke dalam alat penyembur.
6. Boleh campur sekali dengan mol lain. Untuk hari ini, saya campur sekali dengan mol ikan iaitu cecair dari proses pereputan ikan sebanyak 5 ml dan mol batang pisang sebanyak 3 ml.
7. Kacau hingga sebati.
8. Biarkan dua hingga tiga minit.
9. Spray kabus pada bawah dan permukaan daun. Pastikan semua bahagian daun terkena semburan agar ia berkesan.
10. Boleh ulang dua hingga tiga kali seminggu berdasarkan tahap serangan perosak.
11. Untuk semburan dua hingga tiga kali seminggu, tak perlu tambah mol lain. Campuran bersama mol memadai untuk sekali seminggu sahaja.
"InsyaAllah, hasil tanaman terkawal daripada perosak yang serius."
Menurut Azwan untuk menghasilkan larutan sebanyak lima liter,gunakan lima ulas bawang putih dan 20 biji cili api.
Selamat mencuba!
Baca juga: Campuran kulit telur dan serbuk kopi terpakai, pokok subur tanpa guna baja kimia
Sumber: Azuan Abdullah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang