Caj pengeluaran ATM antara bank RM1 kembali dikenakan bermula Februari 2022
UMUM maklum sejak negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, orang ramai dapat menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Namun kini caj pengeluaran tersebut yang melibatkan beberapa buah bank di negara ini akan kembali berkuatkuasa mulai Februari tahun depan.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Perkara tersebut diumumkan oleh CIMB Malaysia sebentar tadi di laman sosial rasminya.
"Berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM atau mesin layan diri bukan CIMB Bank atau CIMB Islamic."Anda (pelanggan) masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM atau mesin layan diri CIMB," katanya.
Dalam pada itu, Maybank turut mengeluarkan kenyataan yang sama mengenai caj pengeluaran RM1 antara bank yang akan mula berkuat kuasa pada tarikh sama.
"Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj pengeluaran RM1 antara bank di ATM akan dikembalikan."Bagi pelanggan Maybank boleh terus melakukan transaksi pengeluaran tunai di ATM Maybank secara percuma," katanya.
Baca juga 4 hari sesak kaunter, online, tempoh diskaun saman PDRM dilanjut. Ini cara guna mesin ATM Maybank
Selain itu, Citibank, Kuwait Finance House (KFH) dan KFH juga telah mula mengeluarkan notis bahawa caj pengeluaran wang antara bank akan dikenakan semula bermula tarikh tersebut.
Menjengah ke laman sosial, rata-rata warga maya kurang bersetuju dengan keputusan terserbut.
Ujar mereka, dengan ekonomi yang masih belum pulih, tindakan mengenakan semula caj dilihat sebagai belum lagi sesuai.
Ada yang mengatakan pengumuman berkenaan mengejut kerana menganggap ia dilakukan mendadak sedangkan negara masih lagi dibelenggu pandemik Covid-19.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang