Cara baru scammer sasar pembeli online. Ini 5 langkah lindungi diri
OLEH: Ketua Pegawai Eksekutif, Ninja Van Malaysia, Adzim Halim
UMUM maklum bahawa wabak Covid-19 telah menyebabkan banyak proses pembelian barangan berlaku secara atas talian.
Memandangkan ia satu-satunya cara sedikit selamat untuk membeli barang semasa pandemik, dengan pertumbuhan positif e-dagang, kajian turut membuktikan Cash-On-Delivery (COD) menjadi kaedah pembayaran pilihan dalam kalangan pengguna.
Lebih-lebih lagi mereka yang skeptikal terhadap pemindahan wang secara online, dan juga mereka yang tidak mempunyai kad kredit.
Bagi peniaga, COD banyak membantu mereka melancarkan urusan bersama pelanggan selain mampu menarik lebih ramai pelanggan, COD juga membantu membina kepercayaan daripada pelanggan yang lebih gemar menerima produk terlebih dahulu.Jangan lupa follow kami di Instagram!
Walau bagaimanapun, dengan risiko e-dagang dan kemudahan COD, ramai scammer semakin kreatif dalam mengambil kesempatan terhadap situasi ini.
Kebiasaannya dengan cara menyamar sebagai penjual online yang sah di laman web palsu, meletakkan iklan palsu di media sosial dan paling teruk ada juga yang menyamar sebagai penghantar barang tidak berdaftar yang menyerahkan bungkusan kosong, semata-mata untuk mendapatkan duit.
Beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat banyak berita yang melaporkan tentang penipuan COD.
Malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut meluahkan kebimbangan tentang penipuan COD dan menyeru orang ramai untuk lebih berhati-hati dan jangan mudah tertipu dengan scammer ini.
Dengan adanya PDRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)yang menentang keras penipuan online dan penipuan COD, pemain industri penghantaran barangan mempunyai tanggungjawab untuk turut serta mendidik orang ramai tentang penipuan-penipuan ini.
Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan COD, berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri korang dan orang-orang tersayang:
1. Sentiasa buat kajian sendiri tentang sesuatu barangan dengan membaca maklum balas pembeli lain dan hanya membeli barangan daripada laman yang korang tahu mempunyai reputasi yang baik dan boleh dipercayai.Sebagai contoh, beli barangan di kedai online yang mempunyai rating tinggi, dan mempunyai senarai produk yang menjadi pilihan ramai.
Walau bagaimanapun, sekiranya kedai atau produk tersebut mempunyai banyak maklum balas positif dalam tempoh singkat, korang mungkin membaca senarai maklum balas palsu.
Salah satu cara untuk mengetahui sama ada sesuatu produk mempunyai rating yang baik adalah dengan membaca maklum balas sebenar, sebaiknya yang telah disahkan (“verified”), dan jangan sekadar melihat jumlah bintang yang diterima sesuatu produk.
2. Tanda lain yang korang boleh lihat adalah, sekiranya tawaran yang diberikan terlalu baik dengan harga yang rendah.
Contohnya, jika terjumpa penjual yang menjual jam Rolex asli dengan harga RM250 yang pastinya akan menimbulkan tanda tanya kerana harganya yang tidak masuk akal.
Baca juga Semak status perkahwinan, rekod jenayah bakal pasangan hidup. Ini caranya
3. Jangan bayar untuk bungkusan yang korang tidak beli. Sekiranya membuat pembayaran online dan barang sampai, sentiasa baca maklumat di atas bungkusan untuk memastikan korang menerima barangan yang telah dipesan.
4. Sekiranya korang menantikan bungkusan COD, pastikan memaklumkan kepada keluarga tentang bungkusan tersebut supaya mereka tahu dan peka apabila penghantaran sampai di depan pintu.
5. Sekiranya korang menerima bungkusan COD secara tiba-tiba, sahkan terlebih dahulu dengan penerimanya.
Sekiranya penerima yang namanya tertulis di atas bungkusan tidak dapat mengesahkannya, jangan terima bungkusan tersebut. Selepas itu, pastikan korang menghubungi syarikat penghantaran yang terlibat dan buat laporan.
Justeru itu, kita sebagai pengguna haruslah lebih berhati-hati dan peka dengan tanda amaran setiap kali membeli-belah secara online bagi mengelakkan ditipu oleh scammer.
Sekiranya korang 'terkena' penipuan COD, pastikan membuat laporan kepada pihak berwajib bagi mengelakkan penipuan yang sama berlaku kepada orang lain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang