Cuti haid jadi perhatian di Dewan Rakyat, Jepun, Korea Selatan, Indonesia sudah kuatkuasakannya
CUTI haid menjadi topik yang menarik perhatian ramai, malah kini sedang dibincangkan di Dewan Rakyat. Terdapat lima buah negara termasuk Jepun, Korea Selatan, Indonesia sudah menguatkuasakan cuti berkenaan.
Umum mengetahui, kebanyakan wanita mengalami masalah ketidakselesaan dan senggugut (dysmenorrhea) pada hari pertama. Malah bagi sesetengah wanita ia lebih lama.
Hari pertama haid wanita biasanya akan mengalami pendarahan lebih banyak daripada biasa.
Malah sesetengah wanita, kekejangan boleh menjadi teruk menyebabkan gangguan sosial dan fizikal, sekali gus mengehadkan aktiviti. Ia boleh menjadi sangat menjengkelkan.
Perihal cuti haid diulas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di Dewan Rakyat.
Baca juga: Senggugut memang ganggu emosi dan rutin harian, ini cara untuk elak menjadi lebih teruk
Baca juga: Kemiskinan haid isu terlepas pandang, mujur ada yang tampil nak bantu
Menurut beliau, pengenalan cuti haid memerlukan penelitian dan libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, kesatuan-kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan, berkata, proses pengenalan cuti itu bukan sahaja tentang kesejahteraan wanita, tetapi juga melibatkan implikasi ekonomi negara.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu memberitahu Dewan Rakyat, buat masa ini, kajian melibatkan 57,000 responden tentang cuti haid dan subsidi tuala wanita sedang dijalankan dan dijangka selesai pada Oktober 2022.
"Buat masa ini, ada cuti sakit, cuti rehat kepada pekerja, sama ada di sektor swasta atau awam," katanya menjawab soalan Charles Santiago (DAP-Klang).
Charles bertanya mengenai rancangan kerajaan memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita, sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita daripada keluarga B40.
Menerusi tinjauan SinarPlus, lima buah negara menawarkan cuti haid kepada pekerja wanita, seperti berikut;
TAIWAN
Di Taiwan, Akta Kesaksamaan Gender dalam Pekerjaan memberikan peluang pekerja wanita di negara itu mendapat tiga hari cuti haid dalam setahun.
Cuti berkenaan tidak termasuk cuti sakit biasa memberikan kelebihan kepada kaum Hawa 33 hari cuti berkaitan kesihatan setiap tahun.
INDONESIA
Indonesia meluluskan undang-undang pada 2003 memberi wanita cuti haid bergaji dua hari setiap bulan, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Tetapi peruntukan itu adalah budi bicara majikan.
Menurut HR World Economic Times, terdapat majikan membenarkan cuti haid hanya satu hari sebulan, manakala ada segelintir tidak memberikan cuti haid langsung.
KOREA SELATAN
Di Korea Selatan, penggunaan cuti haid menurun. Dalam tinjauan 2013, hanya seramai 23.6 peratus wanita Korea Selatan menggunakan cuti tersebut. Menjelang 2017, kadar tersebut jatuh kepada 19.7 peratus. Bagaimanapun, pekerja wanita mesti dibayar untuk cuti haid yang tidak digunakan.
Pekerja wanita akan mendapat gaji tambahan jika mereka tidak mengambil cuti haid. Di sana, pekerja wanita berhak mendapat satu hari cuti haid tanpa gaji setiap bulan atau majikan berdepan denda sehingga 5 juta won (RM16,997).
Baca juga: Sejak kecil mahu jadi sukarelawan, Dr Fatimah kini terus giat perjuang isu kemiskinan haid
JEPUN
Di Jepun, terdapat undang-undang sejak 1947 menyatakan majikan perlu memberi wanita cuti haid jika dipohon. Bagaimanapun tidak ramai yang memanfaatkannya. Tinjauan kerajaan Jepun pada tahun 2017 mendapati hanya 0.9 peratus pekerja wanita menuntut cuti berkenaan.
Manakala dapatan kajian kementerian sumber manusia pada 2020, kira-kira 30 peratus majikan di negara itu membayar gaji pada hari pekerja wanita cuti haid.
ZAMBIA
Di Zambia, pekerja wanita berhak mengambil cuti sehari sebulan berdasarkan polisi cuti haid. Ia juga dikenali sebagai ‘Hari Ibu’. Pekerja wanita berhak mendakwa majikannya jika dinafikan hak tersebut.
Baca juga: Di mana Zalina Azman? 6 info menarik bekas pembaca berita wanita yang hilang
Baca juga: Wanita wajib tahu, ada 17 jenis pengeluaran KWSP boleh dibuat sebelum pencen
Sumber: Astro Awani, HR World Economic Times, First Post, TRT World
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang