Doktor dedah budak disahkan kanser otak selepas pengsan, mak ayah wajib peka 5 tanda ini

Doktor dedah budak disahkan kanser otak selepas pengsan, mak ayah wajib peka 5 tanda ini
Doktor dedah budak disahkan kanser otak selepas pengsan, mak ayah wajib peka 5 tanda ini
A
A
A

KANAK-KANAK yang aktif belum pasti mereka sihat.

Oleh kerana itu, sebagai ibu bapa perlu mengambil tahu dan memantau keadaan kesihatan setiap masa.

Lebih-lebih lagi jika ada anak mengadu sakit itu ini, walaupun nampak tak serius, mohon ambil perhatian. Sakit dalaman kita tak nampak!

Seperti satu perkongsian di FB, seorang doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal yang menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak disahkan menghidap kanser otak.

Menurutnya, beberapa tahun lalu beliau pernah dirujuk kes kanak-kanak yang pengsan di dalam kereta.

"Mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Kanak-kanak lelaki ini dah besar, usia 9-10 tahun.

"Dalam kereta dia mengadu sakit kepala, dengan segera maknya tolong urutkan. Tapi sakit itu makin menjadi-jadi.

"Sampai satu masa dia menjerit-jerit bagaikan orang gila di dalam kereta. Dipukul-pukul kepalanya sendiri sampai mak ayahnya jadi panik.

"Tak pernah dia berkelakuan macam tu. Dengan segera ayahnya menukar haluan perjalanan ke hospital terdekat," ujarnya.

Kata Dr Redza, apabila keluarga itu sampai di unit kecemasan hospital, kanak-kanak lelaki itu telah tidak sedarkan diri.

"Selesai ujian CT scan, barulah tahu dia ada pendarahan yang banyak di dalam otak.

"Doktor terangkan ia disebabkan oleh satu keadaan di dalam otak dipanggil Arteriovenous Malformation (AVM).

"Maksudnya kanak-kanak ni ada gumpalan salur darah yang tak normal dalam otak.

"Berita buruknya, ia boleh pecah pada bila-bila masa. Itulah yang berlaku padanya," ceritanya.

Dr Redza turut mengatakan ada kanak-kanak yang terus ada pendarahan otak begini. Namun ada juga yang mengadu tanda-tanda lain sebelum berlaku pendarahan otak seperti;

  1. Sakit kepala yang amat
  2. Sawan
  3. Penglihatan kabur
  4. Kebas anggota badan
  5. Lemah anggota badan

"Benda begini boleh berlaku pada sesiapa. Cuma bila anak mengadu sakit itu dan ini, mohon sangat supaya kita ambil kisah. Jangan abaikan aduan anak.

"Hari ni dia sihat, esok lusa belum tentu. Hargai selagi anak masih ada. Biarlah kita susah sedikit hari ni, yang penting kita tahu yang anak kita sihat," pesan beliau.

Sayangilah anak-anak yang telah dianugerahkan kepada kita. Sentiasalah peka dengan mereka!

Baca juga “Doakan Muhammad Noah sihat” – Anak Ika Nabella ada penyakit Karotenemia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca