“TERLALU banyak pigmentasi kuning pada kulit dan peningkatan beta-karotin dalam darah.”

Begitulah perkongsian seorang pelakon Ika Nabella mengenai keadaan anak lelakinya.

Menerusi laman Instagram, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim memberitahu Muhammad Noah Zayn telah didiagnosis penyakit karotenemia atau jaundis palsu iaitu salah satu jenis penyakit kuning.

Menurutnya, punca penyakit tersebut disebabkan pengambilan makanan karotin yang berlebihan seperti lobak merah.

“Uncle dan unty sila doakan @muhammadnoahzayn sihat sempurna. Dia kini didiagnosis sebagai bayi karotenemia atau orang selalu memanggil ‘bayi oren’ kerana pengambilan makanannya.

“Pengambilan makanan karotin yang berlebihan. Dia suka lobak merah sangat. Phewww. Salah Ibu,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, Ika turut menyatakan keadaan itu tidak merbahaya.

“Tapi jangan risau Noah baik-baik saja, keadaan ini tidak berbahaya cuma Mommy dan Ayah kena merawat perubahan warna kulitnya,” jelasnya.

Ika turut menyatakan akan mengubah corak makanan anaknya yang akan beralih kepada hijau dan merah.

Iklan

“Sekarang! Tiada lagi lobak merah atau labu! Kita pergi hijau ok dan merah,” tulisnya lagi.

Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan menerima cahaya mata lelaki pada 23 Otober 2019.

Iklan

Baca juga Saya tidak mampu lagi menyanyikan lagu Terkemuka – Zizi Kirana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by meet – MAMIKA (@ikanabella)