Elak bazir duit beli produk polish cermin kereta, guna ubi kentang yang ada gigi atau rosak. Jimat belanja!
WIPER kereta antara salah satu komponen yang penting dalam memastikan cermin kereta berfungsi dengan baik. Lebih-lebih lagi ketika cuaca buruk atau waktu hujan.
Bayangkan anda tengah memandu tiba-tiba hujan turun dengan lebat sehingga mengganggu penglihatan walaupun sudah menggunakan kelajuan paling maksimum ketika menggerakkan wiper.
Selain getah wiper yang sudah tidak berapa elok, mungkin juga cermin kereta kabur membuatkan penglihatan anda kurang jelas.
Sebab itulah anda kena selalu pastikan cermin kereta dalam keadaan yang baik.
Hasil carian kami berjaya menemui perkongsian pengguna media sosial yang dikenali sebagai Jason Jezi.
Jezi antara lain memuat naik tentang cara mudah polish cermin kereta guna ubi kentang.
Biasanya bahan dapur digunakan dalam masakan, tidak sangka pula ada manfaat lain yang tidak diketahui ramai.
Baca lagi Wajib ke mandikan kereta atau motor baharu dengan air Yasin? Ini penjelasan Dr Zulkifli
MASALAH CERMIN BERKABUS
Kaedah ini kata beliau, dapat membantu mengatasi masalah cermin kereta mudah berkabus.
Justeru, jika di rumah anda ada lebihan ubi kentang yang sudah bertunas atau bergigi, rosak dan tidak boleh digunakan lagi, jangan terus dibuang terus.
Okey, ini caranya polish cermin kereta guna ubi kentang.
Baca lagi Jika rajin, hanya guna kentang elak jerawat, wajah tua
1)Potong dua ubi kentang yang sudah bergigi atau rosak.
2)Kemudian, gosokkan di permukaan cermin kereta.
3) Lihat perbezaan antara dua cermin selepas digosok dengan ubi kentang.
Anda boleh lihat perbezaan yang mana air mengalir laju pada bahagian cermin yang digosok dengan ubi kentang dan air langsung tak melekat.
Baca lagi Cuaca terlalu panas, elak tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta. Bahaya!
Sebaliknya, pada bahagian yang tidak digosok dengan ubi kentang, masih ada air yang melekat.
Selain penggunaan ubi kentang, terdapat bahan lain juga. Tip tersebut SinarPlus peroleh menerusi pembacaan di portal bijak.my.
Antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut:
Ubat gigi
-Kandungan florida dalam ubat gigi membantu mengelakkan kabus terbentuk di cermin kereta.
-Caranya mudah sahaja. Ratakan ubat gigi pada bahagian dalam cermin kereta dan lapkan semula dengan kain mikrofiber.
Syampu
-Sapukan sedikit syampu pada cermin tanpa air dan gosok dengan rata.
-Setelah itu, lap semula dengan perlahan menggunakan kain mikrofiber, suratkhabar atau tisu sehingga hilang kesannya. Lihat hasilnya!
Baca lagi Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia
Minyak rambut
-Pastikan anda hanya menggunakan minyak rambut jenis cecair (lut sinar) dan bukannya jenis krim atau gel ya.
-Cara penggunaannya sama seperti menggunakan ubat gigi.
Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang