BILIK baking dalam rumah? Bunyi macam menarik, kan?

Itulah yang dikongsikan oleh Noraini Hashimah menerusi laman Facebook miliknya Ainie Syeema .

Rumah teres empat bilik termasuk stor itu dihuni oleh mereka tiga beranak.

Menerusi hantaran tersebut, profesional baker tersebut mengakui minat dalam bidang pembuatan kek merupakan antara sebab utama beliau berbuat demikian.

baking

Selain itu, Noraini juga tidak mahu membuatkan ruang berkenaan nampak serabut.

Baca ni ‘Berlakon pandai & masak pun boleh. Sukanya konsep open kitchen tu.’ Shaheizy Sam tayang ruang dapur bikin ramai kagum

“Sekadar berkongsi bilik baking yang jadi tempat saya bekerja yang berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu. Sebenarnya ini rumah teres biasa yang dibeli memandangkan sebelum ini kami hanya menyewa.

“Awal-awal masuk rumah saya sudah cop satu bilik untuk dijadikan bilik baking. Sengaja saya tidak mahu campurkan dengan dapur,” ujar beliau yang mesra disapa Ainie Syeema.

Beliau pada masa sama ingin memberi keselesaan kepada suami dan anaknya terutama ketika waktu makan.

baking

Tambah beliau lagi, oven, chiller dan peti ais sengaja diletakkan di bahagian ruang makan tepi dinding. Setiap satunya ditempatkan plug berasingan bagi tujuan keselamatan.

Baca lagi ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

JADUAL BERKALA

Biarpun ruang bilik yang berukuran 6 X 6 kaki itu sempit, namun dengan kreativiti dan cara ibu kepada seorang cahaya mata itu membolehkan ruang berkenaan tampak tersusun dan kemas.

baking

“Saya memang sengaja menghias serba ringkas memandangkan ruang tersebut terhad. Pada saya, walaupun hanya baking di rumah, namun tetap kena ada susun atur supaya senang kita nak cari barang, kerja juga akan lebih teratur.

“Ruang baking ini terletak bersebelahan dengan dapur. Jadi, mudahlah untuk saya membuat kerja-kerja dalam bilik termasuklah membakar dan mencuci barang selepas selesai semua kerja,” ujarnya lagi.

baking

Dalam perkongsian itu, SinarPlus dapati barangan untuk kegunaan kerja-kerja membuat kek tersusun kemas di bahagian rak atas.

Sementara bahan-bahan seperti gula, serbuk coklat, tepung dan buttercup ditempatkan di bahagian bawah.

Iklan

 

“Semua ada tugas masing-masing ikut kepada satu-satu keperluan. Ini kerana ada mixer atau pengadun kek yang lain-lain kegunaannya. Ada yang cantik buat cake, ada yang sesuai buat cookies.

“Selain itu, bahan untuk baking memang saya beli berasingan dengan kegunaan peribadi di dapur. Jadi, barangan tidak bercampur,” ujar wanita berusia 33 tahun itu.

baking

Baca lagi Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

KONSEP TERBUKA

Mengulas lanjut, Ainie Syeema berkata, beliau memilih konsep terbuka yang memudahkannya melihat semua stok tanpa tersorok dalam almari atau sebagainya, selain memudahkan untuk mencari barang.

Iklan

“Saya tiada sebarang tip penjagaan, cuma saya aplikasikan first in first out. Malah, saya juga mempunyai jadual berkala yang mana hari Isnin adalah hari untuk berkemas dan memeriksa barangan baking supaya tiada yang tamat tempoh.

“Selain itu, macam mana kita masuk, begitulah kita keluar. Selepas siapkan kerja, penat macam mana sekalipun kena pastikan bilik sentiasa kemas. Walaupun kita baking dalam rumah tetapi kena disiplin dalam mengemas. Kerja juga akan lebih teratur,” katanya.

baking

Beliau dalam pada itu mengharapkan perkongsiannya dapat membantu memberi inspirasi pada mereka yang meminati bidang yang sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang