Enaknya menu tradisional hari raya tapi awas jika ambil berlebihan, ini cara buat juadah itu lebih sihat
Enaknya menu tradisional hari raya tapi awas jika ambil berlebihan, ini cara buat juadah itu lebih sihat
BULAN Ramadan bakal berakhir dan kehadiran Syawal pula disambut penuh meriah.
Ramai yang dah tak sabar untuk berkumpul satu keluarga di kampung, menziarahi sanak saudara dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Paling seronok bila tiba hari raya ni mestilah juadah yang ada di pagi raya.
Setiap kali raya mesti ada menu yang wajib ada atas meja makan. Kira kalau tak ada makanan tu kira tak sah lah raya anda.
Pelbagai juadah tradisional dihidangkan bagi meraikan Syawal, sekali gus membuatkan ramai cenderung makan secara berlebihan.
Makan berlebihan ketika raya berisiko obesiti dan penyakit berkaitan seperti diabetes serta jantung.
Hidangan berlemak dan gula yang tinggi boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti senak perut, kembung perut serta sembelit.
Jadi, ini cara yang boleh dibuat bagi menjadikan hidangan tradisional yang lebih sihat;
1. Rendang
Gunakan potongan daging lebih nipis seperti dada ayam atau daging lembu tanpa lemak dan kurangkan jumlah santan digunakan.
Ambil lebih banyak sayur-sayuran seperti lada benggala dan brokoli untuk menambah khasiatnya.
2. Ketupat
Juadah dibuat daripada beras dan dibalut dengan daun kelapa ini membekalkan sumber tenaga baik untuk tubuh.
Ia juga rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol.
Walaupun, ia adalah pilihan sihat, anda boleh menjadikannya lebih sihat dengan menggandingkannya dengan lauk-lauk berasaskan sayuran.
3. Lemang
Pilih versi dibuat dengan beras perang bagi menggantikan beras putih kerana ia mengandungi lebih banyak serat dan nutrien.
Anda boleh mengurangkan jumlah santan atau memilih jenis rendah lemak.
4. Kuah kacang
Gunakan mentega kacang asli dan bukannya mentega kacang yang diproses kerana ia mungkin mengandungi garam dan gula tambahan.
Kurangkan kandungan gula dan masukkan bahan lain kaya dengan khasiat seperti halia dan bawang putih untuk meningkatkan manfaat kesihatannya.
5. Sayur lodeh
Kuah sayuran ini selalunya dimasak dengan pelbagai jenis sayur-sayuran termasuk kekacang, terung dan kubis.
Ia adalah hidangan rendah kalori, padat dengan nutrien yang mengandungi serat tinggi serta antioksidan.
Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah santan atau pilih jenis rendah lemak.
6. Acar
Acar sayur jeruk sering disajikan sebagai hidangan sampingan. Ia hidangan rendah kalori, mengandungi serat tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral.
Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah garam dan gula.
Baca juga 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!
7. Ayam masak merah
Pilih dada ayam tanpa kulit untuk menggantikan paha ayam tinggi lemak dan kurangkan jumlah minyak sewaktu memasak.
Masukkan lebih banyak sayur-sayuran seperti lobak merah dan bayam untuk meningkatkan densiti nutriennya dan gantikan garam dan gula dengan pilihan lebih sihat seperti herba dan rempah ratus bagi menambah rasa hidangan.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang