Facebook, Instagram, WhatsApp kembali selepas lumpuh 6 jam, terima 10.6 juta laporan seluruh dunia

A
A
A

APLIKASI media sosial iaitu Facebook, WhatsApp dan Instagram dilaporkan beransur pulih selepas mengalami gangguan selama hampir enam jam.

BBC melaporkan, ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu tidak dapat diakses melalui laman web mahupun pada aplikasi telefon pintar.

Baca juga: Beri Notis Gangguan Air 13 Hari Lebih Awal, Air Selangor Raih Perhatian Warga Maya

Ketua Pegawai Teknologi gergasi media sosial itu, Mike Schroepfer mengatakan bahawa mungkin memerlukan sedikit masa untuk perkhidmatan Facebook "mencapai 100%".

Dalam perkembangan terbaru, Instagram dan WhatsApp juga mengesahkan bahawa servis mereka kembali beroperasi di Twitter.

Downdetector  yang mengesan perkara itu lapor BBC, mencatat 10.6 juta laporan gangguan untuk ketiga-tiga platform media sosial berkenaan di seluruh dunia.

Kali terakhir Facebook mengalami gangguan adalah pada Mac 2019.

Ketika itu, Facebook dan aplikasinya yang lain tidak dapat diakses di seluruh dunia selama lebih 24 jam yang dikatakan berpunca daripada konfigurasi server.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: BBC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca