GM Klang lancar #MarilahChallenge di TikTok, peserta bakal menang iPhone 12

A
A
A

PUSAT Borong, GM Klang telah membuka akaun rasmi Tik Tok dan dalam masa sama melancarkan kempen #MarilahChallenge sebagai langkah memperluaskan lagi promosi pusat itu melalui pendekatan menarik.

Memetik laporan portal media tempatan, Pengurus Pengiklanan dan Promosi GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, #MarilahChallenge merupakan kempen TikTok pertama GM Klang telah bermula pada 30 November dan akan berakhir 31 Disember ini.

Idea mengetengahkan GM Klang di platform TikTok merupakan inisiatif untuk merancakkan kembali perniagaan pemborong di GM Klang dengan mempromosikan mereka di platform berkenaan.

“Namun, ini bukan fokus kepada promosi GM Klang semata-mata, malah para pengikut kami boleh menonton bermacam-macam video kreatif yang membawa pelbagai info menarik.

“Kita mahu lebih dekat dengan pelbagai lapisan pengikut Tik Tok dan sampaikan mesej secara berhibur dan santai,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Norsuhaida juga berkata, kempen #MarilahChallenge terbuka kepada semua pengguna aplikasi TikTok di seluruh Malaysia.

Cara penyertaan cukup mudah!

1.Perlu follow akaun TikTik GM Klang @gmklang_official

2.Muat naik video kreatif dengan lagu tema GM Klang

3.Posting mestilah dibuat dengan menggunakan tanda pagar #gmklang dan #MarilahChallenge.

GM Klang lancar #MarilahChallenge di TikTok, peserta bakal menang iPhone 12

Sebanyak lima pemenang akan dipilih berdasarkan video yang paling kreatif dan peserta juga berpeluang membawa pulang hadiah menarik yang ditawarkan seperti DJI Osmo Pocket, jam tangan, Sony Bluetooth Speaker dan juga hadiah utama berupa iPhone 12 (128GB). Wow! Menarik bukan?

Jadi, tunggu apa lagi? Jom sahut cabaran #MarilahChallenge!

GM Klang lancar #MarilahChallenge di TikTok, peserta bakal menang iPhone 12

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca