GSC dan TGV ditutup bermula 2 November, ‘kaki wayang’ duduk rumah dulu
BUAT semua ‘kaki wayang’ dan penggemar movie, ini ada sedikit perkongsian yang kurang best untuk korang!
Kesemua panggung wayang GSC Cinemas dan TGV Cinemas akan ditutup sementara berkuat kuasa bermula 2 November sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Penututupan tersebut merupakan langkah bagi mengawal penularan pandemik Covid-19 yang kelihatan kembali memuncak sejak kebelakangan ini.
Perkongsian tersebut diperoleh menerusi satu kenyataan yang dimuat naik kedua-dua syarikat pawagam itu menerusi ciapan mereka di laman Twitter.
“Tindakan ini selari dengan kehendak industri dalam memastikan setiap pawagam bebas daripada jangkitan Covid-19.“Tindakan ini cuma sementara dan kita akan ikuti perkembangan semasa Covid-19 sebelum pengumuman untuk membuka semula pawagam dibuat,” menurut kenyataan tersebut.
Sebelum ini, langkah sama diambil ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana kesemua panggung wayang telah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Penutupan ini merupakan kali kedua dilaksanakan selepas PKP apabila melihat kepada situasi semasa Covid-19 di negara.
Jadi buat masa sekarang duduk rumah layan TV atau online sahajalah dulu ya.
Tambahan pula kini semua di hujung jari, melalui platform online juga ada menawarkan pelbagai rancangan TV, filem, anime, dokumentari dan banyak lagi yang boleh korang langgan janji ada sambungan internet.
Cukup mudah bukan? Jadi, ‘stay at home and stay safe’ bersama kita perangi wabak Covid-19 supaya ia tidak terus menular.
Hi everything. This is an important announcement.#GSCLoveYou3000#StaySafepic.twitter.com/Fz522xINvk
— GSC (@GSCinemas) ?ref_src=twsrc%5Etfw">October 30, 2020
It is with a heavy heart that we announce the temporary closure of all cinemas nationwide on 2nd November 2020.
It is a hard truth for all of us to accept, but we believe that we can brave this storm together.#SupportCinemas#SeeYouSoonTGVpic.twitter.com/xSqeeqekdb
— TGV Cinemas (@TGVCinemas) ?ref_src=twsrc%5Etfw">October 30, 2020
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang