Ini senarai boleh dilakukan pada Fasa 3, tahniah Perlis, Sarawak dan Labuan
TAHNIAH! Akhirnya tiga buah negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara
(PPN) berkuatkuasa 4 Ogos ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Muhyiddin menjelaskan tiga buah negeri itu beralih ke Fasa 3 PPN kerana menunjukkan prestasi yang amat baik
buat masa ini.
"Pada mesyuarat petang ini (semalam) juga, Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah membentangkan perkembangan pelaksanaan PPN."Alhamdulillah, sukacita ingin saya umumkan bahawa tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021.
"Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan.
"Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya," katanya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Dalam pada itu, Muhyiddin turut menjelaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih memperhalusi kemudahan
kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin.
Selain itu beliau memaklumkan, MKN juga turut membincangkan kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.
"Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan."Insya-ALLAH kemudahan-kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu yang terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan juga membantu sektor ekonomi kita dengan mengambilkira keselamatan rakyat," coret beliau di Facebook.
Muhyiddin memaklumkan strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk dewasa di Malaysia bagi memastikan pemulihan negara dapat dijalankan dengan lancar.
Sementara itu, ini SOP Fasa 3 (Nilai ambang 2000 kes ke bawah);1. Bagi Fasa 3, SEMUA aktiviti ekonomi adalah DIBENARKAN beroperasi KECUALI aktiviti yang berisiko tinggi dan disenaraikan dalam senarai negatif seperti:
- Spa
- Pedicure & manicure
- Pub & Kelab malam
2. Pergerakan rentas daerah DIBENARKAN sepanjang Fasa 3 manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
3. Dine-in restoran DIBENARKAN terhad kepada 2 orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal.
4. Bagi pengangkutan awam seperti teksi dan perkhidmatan e-hailing, jumlah kapasiti ditingkatkan kepada 3 orang termasuk pemandu.
5. Sekolah dan sektor pendidikan juga akan dibuka semula pada Fasa Ketiga PPN.
6. Aktiviti sosial masih tidak dibenarkan, tetapi setiap kediaman dibenarkan menerima tetamu terhad kepada 10 orang dalam satu-satu masa.
Baca juga [VIDEO] Doktor dedah impak negatif lepas hidu cuka bagi elak jangkitan Covid-19. Jangan amalkannya!
7. Aktiviti pelancongan dibenarkan dalam negeri tertakluk kepada SOP yang ketat.
8. Industri kreatif dibenarkan sebagai contoh acara langsung tanpa penonton.
Justeru, terus amalkan SOP yang ditetapkan dan kawal penjarakan sosial bagi memutuskan rantai Covid-19 ini. Ingat! kita belum menang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang