Jangan sentuh obor-obor warna biru, cantik tapi ia bahaya
BIAR pun cantik, tetapi ia sangat bahaya terutama pada kanak-kanak! Itu adalah gambaran tepat mengenai bahayanya obor-obor supaya kita lebih berhati-hati.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak memegang, menyentuh mahu pun menyimpan obor-obor Velella velella atau turut dikenali engan nama panggilan 'by-the wind sailors' yang terdampar di pantai Terengganu sejak beberapa hari lepas.
Sama ada ia masih hidup atau telah mati jangan sesekali dipegang!
Memetik laporan portal media tempatan, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali berkata, hidupan marin berwarna biru itu mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa, namun berbahaya kepada golongan kanak-kanak kerana boleh menyebabkan rasa gatal.
"Spesies itu lazimnya terapung di tengah lautan. Ia mungkin dibawa angin dan ombak kuat hingga terdampar di kawasan Pantai Pandak di Chendering, Pantai Teluk Ketapang (Kuala Nerus) dan Pantai Rhu Muda (Marang)."Sekiranya menjumpai mana-mana spesies obor-obor, orang ramai disaran untuk maklumkan kepada Pejabat Perikanan yang terdekat atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Perikanan Terengganu telah meminta PBT untuk memasang papan tanda peringatan kepada pengunjung pantai agar tidak menyentuh obor-obor berkenaan.
"Warnanya cantik, jadi ada kemungkinan individu terutama kanak-kanak teruja melihat dan menyentuhnya kerana tidak tahu apa risiko yang bakal dihadapi. Dengan pemasangan papan tanda sekurang-kurangnya pengunjung akan lebih berhati-hati," katanya.
Sementara itu, beliau berkata spesies berkenaan adalah berbeza dengan obor-obor Portuguese man o' war yang pernah ditemui di pantai Terengganu awal tahun lepas.
"Portuguese man o' war mempunyai gelembung untuk terapung dan memiliki ekor yang sangat beracun manakala Velella velella mempunyai layar dan tidak mempunyai ekor."Setakat ini sudah ada dua kes berkaitan obor-obor ini iaitu di Setiu serta Teluk Ketapang, dan kita harap orang ramai lebih berwaspada ketika beriadah di pantai ketika ini," katanya.
Jadi, awas yer! Pantau anak-anak korang jika bermain di sekitar persisiran pandai.
Sekiranya korang menjumpai mana-mana spesies obor-obor, mohon untuk maklumkan kepada Pejabat Perikanan yang terdekat atau pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Orang awam yang melihat haiwan marin berwarna biru DINASIHATKAN untuk tidak memegang/ menyentuh/ menyimpan spesis ini...Posted by Public Health Malaysia on Sunday, 7 March 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang