Kronologi hubungan istimewa guru wanita & remaja, ibu dakwa temui kesan merah pada leher. 15 tip bertindak elak kes sama berulang

A
A
A

HUBUNGAN antara guru wanita dan seorang remaja meraih perhatian. Ia susulan tularnya satu video di laman sosial yang mendedahkan seorang guru wanita ‘bercinta’ dengan anak muridnya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Pasangan itu dirakam individu dipercayai abang pelajar berkenaan yang berjaya menemui adiknya di pantai.

Berikut adalah kronologi kisah berkenaan yang kini dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

1-Terdahulu, tular satu video di laman sosial yang mendedahkan seorang guru wanita ‘bercinta’ dengan anak muridnya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

2-Menurut hantaran tersebut, guru wanita yang juga ibu kepada lima cahaya mata didapati telah berulang kali menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepada pelajar tersebut.

3-Malah, guru wanita tersebut juga masih berjumpa dengan pelajar tersebut di pantai secara rahsia walaupun dikatakan telah berpindah sekolah.

4-Perkara berkenaan dikongsi kakak pelajar itu yang dikenali sebagai Bellinda selepas mereka sekeluarga menentang hubungan istimewa tersebut demi masa depan adiknya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

5-Menurut laporan media, polis mengesahkan telah menerima laporan daripada keluarga remaja tersebut.

6-Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata laporan polis dibuat Disember tahun lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

7-Menurutnya, semua pihak yang terlibat sudah dipanggil untuk dirakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.

8-Ibu remaja berkenaan ketika dihubungi media memaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menghubunginya untuk mengadakan pertemuan selepas kejadian itu tular.

9-Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun pada jam 10.30 malam, 12 Disember lalu.

10-Wanita itu mendakwa terdapat kesan kemerahan pada leher anaknya yang pada ketika itu berusia 16 tahun.

11-Kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa balik dari ulang kaji pelajaran bersama guru Matematik.

12-Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 12 Disember kira-kira 4.50 petang apabila mangsa yang sepatutnya pulang ke rumah sebaliknya masih bersama suspek di perpustakaan.

12-Kes berkenaan turut mendapat perhatian serius daripada Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang menyifatkan tindakan guru bercinta dengan pelajarnya adalah satu perkara yang pelik. Malah ia tidak sepatutnya berlaku dan hendaklah dicegah.

13- Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, ia kerana guru yang terlibat dalam kes itu didakwa telah mempunyai lima anak dan masih bersuami.

14-Dalam perkembangan berkaitan, KPM menerusi kenyataan memaklumkan tidak akan bertolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikannya.

15-Ujar KPM, kes berkenaan berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada. Kementerian itu juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

16-KPM meminta semua institusi pendidikan bawah KPM mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuatkuasa bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid.

Baca juga: [VIDEO] Seramnya, kanak-kanak 11 tahun jadi sasaran culik, rupanya sudah diintip lama pedofilia

Baca juga: Pedofilia: Ibu bapa pantaulah anak kecil yang berTikTok

Baca juga: Kanak-kanak lebih mudah dipergunakan dan dieksploitasi dalam talian. Ibu bapa perlu main peranan

KENAL PASTI DAN CEGAH PENGANTUNAN PEMANGSA PEDOFILIA

Istilah grooming atau pengantunan kanak-kanak secara literalnya bermaksud didandan. Ibu bapa dan penjaga perlu peka taktik pemangsa yang licik seperti berikut:

a)Berpura-pura jadi orang lain, contohnya menipu usia mereka dalam talian.

b)Menawarkan nasihat atau persefahaman.

c) Membelikan hadiah.

d) Memberi perhatian kepada kanak-kanak tersebut.

e)Menyalahgunakan kedudukan profesional atau reputasi.

f)Membawa kanak-kanak tersebut bercuti atau bersiar-siar.

g)Menghantar atau menyiarkan imej mereka yang terdedah .

h)Ambil bahagian dalam aktiviti tidak manis melalui webcam atau perbualan melalui teks dalam talian.

Sementara itu, tanda-tanda pengantunan adakala tidak jelas. Sekiranya seorang kanak-kanak sedang diperalatkan oleh oleh pemangsa, mereka mungkin akan menunjukkan ciri-siri seperti berikut:

a) Menjadi sangat perahsia termasuklah tentang apa yang mereka lakukan dalam talian

b) Mempunyai teman lelaki atau teman wanita yang lebih tua.

c) Pergi ke tempat asing untuk bertemu rakan-rakan.

d)Mempunyai barangan baharu seperti pakaian atau telefon bimbit yang mereka tak boleh atau tidak akan terangkan sumbernya.

e)Dalam kalangan remaja, tanda-tanda pengantunan mungkin dikelirukan dengan kelakuan yang nakal. Ibu bapa dan penjaga boleh mengesan perubahan aneh dengan meneliti tingkah laku, personaliti atau kelakuan seksual yang tidak sesuai dengan usia anak.

LANGKAH JIKA PENGANTUNAN  BERLAKU

1-Jika pengantunan kanak-kanak berlaku kepada mana-mana individu, mangsa boleh mengambil tindakan dengan memberitahu kepada orang yang paling dipercayai seperti ibu, bapa dan guru.

2-Seterusnya buat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan yang berdekatan. Di hospital-hospital kerajaan, terdapat Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) yang boleh membantu mangsa dari aspek psikososial. PKSP memberi khidmat dan mengutamakan etika serta kerahsiaan dalam membantu mangsa dan keluarga.

Sumber: Sinar Harian 1, 2, 3, Harian Metro, Hello Doktor, Majlis Keselamatan Negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca