Lima sahabat sehidup semati, terperangkap dalam kereta selepas kemalangan, berikut kronologi kejadian
SAYU dan pilu, negara hari ini berduka dengan berita pemergian lima orang sahabat.
Kemalangan menyayat hati itu tular di laman sosial menunjukkan api kebakaran marak diikuti beberapa letupan.
Mangsa terlibat merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah, Perak. Dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.
Mereka difahamkan sedang keluar kawasan atau 'outing' ke Ipoh menaiki kereta yang disewa memandangkan tiada kelas pembelajaran.
selain itu, kelima-lima mangsa dikatakan tinggal bersama di sebuah rumah sewa berhampiran universiti. kata rakan, mereka sering menghabiskan masa bersama melakukan pelbagai aktiviti dalam dan luar waktu kuliah.
Baca juga: 10 fakta 'laluan panas' Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
Berikut butiran lima mangsa:
- Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 tahun, pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.
-Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 tahun, pelajar semester satu Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Cukai Terengganu.
- Iqbal Hasnun Halimi, 23tahun, pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Senai, Johor.
- Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 tahun, pelajar semester ketiga Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Selayang, Selangor.
- Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 tahun, pelajar semester kelima Diploma Kaunseling Islami dari Parit Buntar Perak.
Baca juga: [VIDEO] Kereta terbakar di lorong kecemasan tiba-tiba mengundur, turuni bukit di Genting
Menurut Bomba Perak, kejadian di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pada jam 12.52 pagi.
Kebakaran tersebut dikatakan bermula daripada kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan.
Kereta dan sebuah lori treler muatan besi telah terbakar di lebuh raya manakala sebuah lori muatan mozek hanya mengalami kemalangan kecil akibat perlanggaran dari arah belakang.
“Terdapat lima orang mangsa di dalam kereta disahkan maut (rentung) oleh pegawai perubatan hospital,” katanya.
Operasi di lakukan oleh anggota bertugas daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dengan dibantu BBP Meru dan BBP Ipoh.
Dalam perkembangan berkaitan, polis telah menahan reman pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang