Mudah! Sistem pendaftaran perkahwinan kini boleh dibuat secara online
UNTUK makluman semua, sistem pendaftaran pernikahan kini boleh dibuat secara online melalui laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).
SPPIM merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah
(PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.
Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepadaproses perceraian, rujuk dan rundingcara.
Perkhidmatan yang ditawarkan secara online di SPPIM meliputi;
i) Permohonan Berkahwin Online
Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di
negeri masing-masing.
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan
kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri;
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Kedah
- Perak
- Wilayah Persekutuan
- Johor
Walau bagaimanapun, kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain dalam masa terdekat.
ii) Pendaftaran Pra-Perkahwinan Online
Pendaftaran PraPerkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada
pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online.
Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran.
Pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri berikut;
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain dalam masa terdekat.
iii) Permohonan Nikah, Cerai, Rujuk (NCR) Luar Negara
Modul NCR Luar Negara bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pasangan rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin menguruskan perihal perkahwinan, perceraian
dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia.
Pemohon boleh memilih perihal urusan yang diperlukan mengikut kategori berikut;
PENGESAHAN KEBENARAN & STATUSPengesahan ke atas Dokumen Kebenaran Berkahwin atau pengesahan status diri pemohon sama ada belum atau telah berkahwin dan tiada halangan untuk berkahwin
dari pejabat kedutaan.
Permohonan ini hanya diproses selepas pemohon mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri.
PENGESAHAN DOKUMEN NIKAH
Pengesahan Dokumen Pernikahan adalah merupakan satu perakuan daripada Pejabat Perwakilan Malaysia terhadap mana-mana dokumen pernikahan yang telah
dikeluarkan oleh Badan, Majlis atau Institusi Agama di luar negara yang menguruskan perkahwinan pasangan berkenaan.
Pengesahan ini tidak mengesahkan keabsahan perkahwinan dari sudut syarak.
KETERANGAN NCR
Keterangan Nikah, Cerai dan Rujuk adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia berdasarkan maklumat daripada Surat Perakuan Nikah, Surat
Perakuan Cerai atau Surat Persekedudukan Semula (Ruju’) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk kegunaan semasa tinggal di negara berkenaan.
Baca juga Sinar Harian beri pelitup muka percuma edisi khas pada 7 April
iv) RundingCara Online
Rundingcara Online adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri – Negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada individu atau
pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.
Pemohon juga boleh mendapatkan temu janji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri dan Pejabat Agama Islam
Daerah.
Permohonan Rundingcara melalui online pada masa ini hanya meliputi negeri berikut:
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Kedah
- Perak
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
Selain itu, cara daftar Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia adalah seperti berikut:
- Pilih menu Benar Nikah Online
- Pilih butang Permohonan Baru
- Tekan butang Seterusnya
- Isi maklumat bertanda (*) di ruangan lelaki pepermpuan, maklumat kebenaran dan wali
- Klik butang Seterusnya dan Hantar
- Klik butang Saya Bersetuju dan tekan Hantar
- Cetak Borang dan Senarai Semak
- Hantar ke Pejabat Kadi bersama dokumen
Maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.sppim.gov.my
Wah! Sangat memudahkan orang ramai berurusan. Semoga bermanfaat!
Sumber: eCentral
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang