Muktamad! Penerima Sinovac tidak booster selepas 31 Mac, status vaksinasi bertukar tak lengkap

vaksin
vaksin
A
A
A

PEMBERIAN suntikan dos penggalak (booster) sedang rancak dijalankan di seluruh negara.

Umum maklum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) sebelum ini turut menegaskan jika gagal berbuat demikian, status mereka akan dianggap tidak lengkap vaksinasi dan maklumat itu akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, ia membabitkan semua penerima vaksin warga emas tanpa mengira jenis vaksin pertama dan kedua, penerima vaksin Sinovac dewasa.

Justeru itu, hari ini sekali lagi KJ menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan melanjutkan tempoh pemberian dos booster kepada penerima vaksin Sinovac seperti yang telah ditetapkan iaitu sehingga 31 Mac ini.

Baca juga Kontak Kasual kes positif, MySejahtera tidak lagi bertukar kuning, berikut 5 info perlu tahu

KJ Khairy

Berikut info ringkas mengenai perkara ini yang dimaklumkan KJ;

1. Sekiranya golongan itu masih enggan mendapatkan dos booster selepas tarikh yang ditetapkan, status vaksinasi mereka akan bertukar kepada tidak lengkap.

2. Tempoh yang diberi tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tetapi untuk beri masa kepada mereka melengkapkan (booster) dalam tempoh lanjutan (yang ditetapkan) dan ini terakhir serta muktamad.

3. Jika pada tarikh akhir ini mereka masih tidak dapatkan dos booster, maka status adalah tidak lengkap. Sijil digital dalam aplikasi MySejahtera akan bertukar warna kepada putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.

Ujar beliau dalam menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca juga Risau buat calitan hidung ketika 'swab test' di rumah? Doktor ini tunjuk cara betul

KKM sebelum ini telah menetapkan tempoh akhir bagi penerima vaksin Sinovac mendapatkan dos booster adalah sehingga 28 Februari lalu namun dilanjutkan ke 31 Mac ini.

Justeru, korang penerima vaksin Sinovac, segeralah mendapatkan booster bagi memudahkan urusan.

Pemberian dos penggalak juga bertujuan untuk memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan virus SARS-CoV-2.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca