Musim panas, aircond pula tak sejuk walaupun suhu 16C! Kena tahu puncanya
SEDIA maklum musim panas yang melanda negara sekarang ini menjadikan kita sangat memerlukan aircond.
Tambah pula negara sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana sesetengahnya masih bekerja dari rumah sebagai satu usaha membendung jangkitan Covid-19.
Penggunaan aircond di rumah setiap hari juga menjadi lebih daripada biasa bagi memenuhi keselesaan.
Namun tahukan korang, jika aircond tiba-tiba terasa tidak sejuk, ia seharusnya di 'off'?
Ini kerana aircond tidak sejuk boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian lain jika terus digunakan. Call technician aircond korang dengan segera.
Ramai yang tidak ambil tahu, jika aircond tak sejuk dibiarkan 'On' boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk terutamanya 'compressor'.
Jadi, korang turut perlu ambil tahu serba sedikit punca aircond tidak sejuk walaupun sudah diletakkan suhu 16 celcius.
1. Masalah pemasanganPemasangan tidak mengikut standard yang ditetapkan. Unit outdoor dipasang di tempat yang tidak sesuai. Tiada pengaliran udara yang baik.
Saiz copper pipe yang tidak tepat digunakan. Kes ini selalu terjadi apabila rumah yang sudah tersedia copper pipe dalam dinding.
Sepatutnya copper tersebut untuk aircond 2 Horse Power(HP), tetapi dipasang aircond 1HP.
Masalah ini selalunya disebabkan pengguna sudah membeli aircond tanpa merujuk pada technician aircond yang bertauliah.
Ini kerana, terdapat beberapa formula untuk menentukan kapasiti aircond yang bersesuaian.
Bukannya sekadar agak-agak sahaja. Aircond yang tidak cukup HP bukan sahaja tak sejuk, malah menyebabkan bil elektrik tinggi.
2. Gas habis atau tidak mencukupi
Masih ramai yang tidak faham bahawa gas aircond tidak akan kurang sekiranya tiada kebocoran.
Sekiranya aircond kurang gas, ini bermakna ada kebocoran. Antara sebab bocor ialah:-
- Nut tak ketat
- Nut pecah semasa pemasangan
- Sambungan copper pipe pecah
- Service Valve rosak
- Cooling Coil bocor.
Sebab-sebab diatas berkait rapat dengan kurangnya pengalaman dalam pemasangan aircond.
Banyak kes terjadi, pengguna mengatakan aircond tak sejuk walaupun tak sampai sebulan dipasang. Selepas diperiksa, aircond tersebut tiada gas atau tidak mencukupi.
3. Tidak cuci filter setiap bulan
Tahukah korang, filter pada aircond itu perlu dicuci setiap bulan. Caranya sangat mudah, hanya perlu tanggalkan dan cuci.
Selepas itu keringkan dan pasang semula.
Filter yang dipenuhi habuk akan menyebabkan aircond tak sejuk. Perlu diingatkan juga, setahun sekali aircond perlu buat 'service chemical cleaning'.
4. Capacitor atau compressor rosakCompressor aircond ini serupa jantung pada aircond. Jika ianya rosak, aircond akan menjadi tidak sejuk.
Compressor aircond tidak boleh dibaiki,ianya hanya boleh ditukar ganti dengan yang baru.
Tetapi selalunya capacitor compressor sahaja yang rosak. Kos tukar capacitor jauh lebih murah berbanding kos tukar compressor.
Jadi,untuk memastikan part apa yang rosak, korang perlu panggil technician aircond yang berpengalaman.
Kos untuk menukar compressor ini sangat mahal. Sebab itu, rata-rata kilang memberikan warranty lima tahun untuk compressor aircond sahaja. Ada juga
yang beri 7 dan 10 tahun warranty.
Antara sebab compressor aircond rosak ialah:-
- Gas tiada, tetapi aircond dibiarkan hidup
- Tidak membuat major servis
- Aircond salah pemasangan
Baca juga Jangan biarkan rumah kita dipenuhi kuman, bakteria. Ini cara alternatif untuk mencegahnya
Pastikan aircond korang diselenggara oleh technician yang bertauliah. Carilah technician dari syarikat yang berdaftar jika tidak mahu kerugian di masa akan datang.
Sekiranya aircond tak sejuk segeralah matikan ia sehingga technician tiba untuk membuat pemeriksaan.
Punca-punca di atas juga patut korang ambil tahu sebagai ilmu supaya tidak mudah tertipu.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Apis Adimada
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang