MySejahtera: Ini caranya pindahkan sijil vaksinasi ke nombor telefon baru
MYSEJAHTERA adalah aplikasi penting dan dimuat turun hampir setiap individu di negara ini.
Sejak diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak Mac 2020 bagi membantu dalam menguruskan wabak Covid-19, ia telah dimuat turun sebanyak 10 juta pengguna ke peranti elektronik.
Tidak hanya digunakan untuk mendaftar masuk ke premis, MySejahtera memantau penilaian kendiri kesihatan dan memantau kemajuan kesihatan sepanjang wabak Covid-19.
Baca juga: MySejahtera Perlu ‘Verified’ Ini Sebabnya, Berikut Langkah Mudah Untuk Disahkan
Baca juga: Omicron BA.2 Bakal Dominan Di Malaysia, 10 Info Penting Mengenainya
Selain itu, ia juga merupakan saluran rasmi yang menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang menawarkan pendaftaran vaksinasi, pelantikan dan pengeluaran sijil digital vaksinasi wabak itu.
Mungkin ada diantara kita berhadapan dengan masalah untuk memindahkan data MySejahtera seperti sijil vaksinasi apabila bertukar nombor telefon.
Menerusi Twitter, MySejahtera berkongsi beberapa langkah mudah memindahkannya seperti berikut:
1.Di telefon baru, kemas kini aplikasi Mysejahtera kepada versi terkini.
2.Pastikan akaun anda di telefon baru baru sahaja disahkan.
3.Anda akan mendapati data MySejahtera dipaparkan di nombor telefon baru.
Baca juga: Tidak Wajib Pelitup Muka, Pelancong Lengkap Vaksin Tidak Perlu Diuji, Singapura Buka Semula Sempadan
Sekiranya cara di atas tidak dapat membantu mengesahkan akaun Mysejahtera, ikuti empat langkah ini;
1.Klik ‘Bantuan’ pada notifikasi yang dipaparkan pada telefon baru anda.
2.Klik ‘Pilihan 1’ berkenaan akaun Mysejahtera anda di telefon lama.
3.Jawab semua soalan dan klik ‘Hantar’.
4.Sahkan akaun anda di telefon baru. Selepas anda mengesahkannya, data Mysejahtera di telefon lama akan ada di telefon baru.
Pengguna juga diminta untuk mengemas kini versi aplikasi MySejahtera yang terkini (1.1.8) bagi memastikan semua fungsi terbaru dalam aplikasi ini dapat digunakan.
[Cara untuk pindah data MySejahtera di nombor telefon lama ke nombor baru]
Berikut adalah cara untuk memindahkan data MySejahtera ke nombor telefon baru. Sila kemaskini aplikasi MySejahtera anda untuk menggunakan ciri terbaru ini.
Sila rujuk infografik ini.#mysejahterapic.twitter.com/PXfN2bqWgX
— MySejahtera (@my_sejahtera) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 22, 2022
Baca juga: Imuniti Berkurangan, Suntikan Vaksin Ke-4 Satu 'Keperluan' - CEO Pfizer
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang