Pakai inai semasa hamil, bersalin cetus timbul tanya, ini yang perlu ibu tahu

inai (3)
inai (3)
A
A
A

PAKAI inai memang kesukaan sesetengah wanita, cantik dipandang kan. Namun yang menjadi persoalannya bolehkah ibu hamil memakainya?

Bergelar seorang ibu hamil bukanlah sesuatu yang mudah. Sudahlah membawa perut selama sembilan bulan 10 hari, terikat pula dengan pelbagai pantang larang supaya kandungan sihat dan selamat.

Selain perihal pemakanan, penggunaan sesuatu pada tubuh badan juga turut dititikberatkan seperti inai.

Baru-baru ini, tular satu video seorang wanita yang menyatakan dia ditegur jururawat kerana memakai inai ketika mengandung.

Pesan jururawat itu juga, wanita yang mengandung dan akan bersalin dinasihatkan mengelakkan diri memakai inai.

Baca juga Wanita keliru bab inai celup dan sah solat, Ustazah Asma’ kongsi penerangan lengkap

Pemakaian inai secara 'manual' daripada daun inai yang ditumbuk tidak menimbulkan kesangsian

Pekongsian video oleh pengguna TikTok @shafiqahathirahfazil itu menjadi perhatian ramai dan sehingga mencetuskan pelbagai tanda tanya warga maya.

Ramai antara mereka juga mengatakan memang ditegur jururawat jika memakai inai.

@tyathirah♬ Finger Dance TikTok - غزلان

Hasil pemerhatian SinarPlus, pemakaian inai oleh ibu hamil bukanlah suatu yang salah sebenarnya, cuma perlu dielakkan bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, seperti;

1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan perawat untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.

2. Ukir atau kuku, kalau boleh elak, elak kerana untuk ukir susah hendak suntik jarum jika tiba-tiba perlu jalani pembedahan Caesarean.

3. Jururawat semua check darah tengok dekat kuku. Takut kebiruan dan sebagainya.

4. Bagi ibu mengandung yang ada Anemia, mudah nak kesan abnormal kalau apa-apa terjadi bermula dari kuku.

Baca juga 7 cara mudah hilangkan kotoran pada baju putih. Cara nombor 6 wajib cuba, paling ‘rare’

5. Sukar jika nak check Hypoxia, kurang oksigen dalam darah. Bahaya, paling cepat nak check adalah melalui kuku.

Bagaimanapun, kalau sudah 'terpakai' inai tu, jangan tambah lagi inai sebelum melahirkan bayi. Tetapi kalau sudah terpakai kita tidak boleh buat apa-apa.

Jadi, ibu hamil, kalau nak melaram tunggu lepas bayi keluar ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca