Pasangan pengantin ikat 'kontrak romantik', kena shopping setiap 15 hari dan makan pizza sebulan sekali

A
A
A

ANEH tetapi romantik. Itu yang boleh SinarPlus katakan tatkala membaca kisah sepasang pengantin di India yang menandatangani satu perjanjian praperkahwinan.

Menerusinya, mereka bersetuju untuk menetapkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Kontrak berbentuk ‘ikrar romantik' itu dipersetujui bersama oleh pasangan pengantin yang dikenali sebagai Shanti dan Mintu, lapor Mirror UK.

Baca ni: Pengantin Indonesia gayakan busana versi Malaysia raih perhatian, dipuji ramai

Apa yang menarik perhatian, beberapa isi kandungannya yang ada tidak masuk dek akal.

Antaranya, mereka berdua hanya dibenarkan makan pizza sebulan sekali dan pergi ke gimnasium setiap hari.

Selain itu, pasangan tersebut juga perlu mengambil gambar yang cantik setiap kali mengadakan pesta .

PAKAI SAREE SETIAP HARI

Syarat lain adalah pasangan itu boleh berpesta hingga lewat malam, tetapi hanya satu sama yang lain sahaja.

Shanti dan Mintu difahamkan mengikat tali pertunangan di Assam, India, pada 9 Julai lalu.

Menerusi rakaman video yang diambil, mereka menulis nama masing-masing pada sekeping kadbod besar dengan perkataan 'kontrak' tertulis di bahagian atas.

 

Syarat-syarat yang dinyatakan tadi tidak terhenti setakat di situ sahaja. Ada lagi yang disenaraikan.

Shanti mahupun Mintu juga harus sentiasa berkata ya kepada hidangan tradisional India yang dipanggil ghar ka khana.

Bahkan, kedua-duanya juga berjanji untuk memakai saree setiap hari dan bersarapan pada pagi Ahad dengan tum banaogay.

 

PERJANJIAN TIDAK SAH

Mirror menerusi laporannya memberitahu, pengantin perempuan yang mencipta kontrak tersebut dan ia telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Apa yang 'mengagumkan', kontrak gergasi itu turut menjadi hiasan di pelamin dengan bunga biru yang dicetak di bahagian sudut kontrak berkenaan.

Pun demikian, perjanjian pra-perkahwinan itu tidak sah di India.

Ini kerana undang-undang tidak menganggap perkahwinan sebagai kontrak, tetapi sesetengah keluarga masih menggunapakai kaedah itu.

Perjanjian itu dilihat lebih bermatlamatkan untuk memberi penjelasan kepada isteri tentang apa yang bakal diterimanya kelak jika berlaku perceraian.

wedding Gambar sekadar hiasan.

Begitupun, dalam kes Shanti dan Mintu, pendekatan mereka (kontrak) kelihatan lebih kepada permuafakatan di antara pasangan itu mengenai diet, gaya hidup dan pakaian.

Hmmm...macam-macam kan?

Baca lagi: 'Ini bekalan akhirat saya dan suami.' Siti Nurhaliza bina sekolah Afwa dan Aafiyah untuk anak-anak Gaza

Sumber dan foto: Mirror

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca