5 cara hilangkan masalah jeragat secara tradisional, guna bahan di rumah
BINTIK-BINTIK atau tompok-tompok gelap pada muka yang biasanya dipanggil jeragat memang mengundang rasa kurang senang buat mereka yang mendepaninya.
Jika ia hanya pada muka dengan tompokan kecil barangkali boleh 'disorok'. Bagaimanapun jika agak banyak tentu boleh merimaskan juga.
Moga cara tradisional oleh pengguna medsos yang tidak lokek berkongsi banyak petua yang mana mempunyai 24,480 follower ini boleh dicuba buat mereka yang menghadapi masalah berkenaan. Petua menghilangkan jeragat ini antara yang banyak di'share:
5 cara hilangkan jeragat secara tradisional bagi anda yang mengalami masalah ini, cubalah petua-petua di bawah untuk menangani masalah jeragat di kulit:
Petua 1:
Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan keseluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.
Petua 2:
Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Artikel berkaitan: Khasiat belimbing bintang untuk kesihatan dan kecantikan
Petua 3:
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4:
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 hingga 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5:
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.
Kredit: Ana Mahabu
Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang