Pilihan serendah RM1 pelbagai telefon pintar, MCMC tawar pakej khas bulan Kebangsaan
MALAYSIA Prihatin sekali lagi dipilih menjadi tema sambutan bulan Kebangsaan tahun ini yang membawa maksud cukup mendalam kepada rakyat Malaysia dan selari dengan situasi seluruh rakyat Malaysia yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19.
Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama dengan industri, sentiasaprihatin dan berganding bahu dalam memastikan wujud keseimbangan antara melindungi nyawa dan
kelangsungan hidup rakyat.
MCMC dalam satu kenyataan mengumumkan sempena sambutan Hari Kebangsaan, pihak industri telekomunikasi
dan penyiaran telah menyediakan beberapa tambah nilai pakej untuk kemudahan rakyat seperti berikut:
a) Tawaran Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin bagi membolehkan semua rakyat Malaysia memiliki atau
menaik taraf pelbagai peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE, bermula dengan RM1. Syarikat
telekomunikasi yang akan mengambil bahagian ialah Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile and
YTL;
Jangan lupa follow kami di Instagram!
b) Pemberian data harian sebanyak 1GB oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Selain itu, bagi
inisiatif Learn From Home (LFH) oleh pihak YTL dalam menyokong sistem pendidikan, ia juga akan
dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021;
c) Sokongan berterusan bagi pakej Jaringan Prihatin yang dilanjutkan sehingga 30 September 2021 untuk golongan B40; dan
d) Pemberian akses tontonan secara percuma beberapa saluran premium terpilih oleh syarikat penyiar
swasta seperti Astro dan Unifi kepada pelanggan mereka. Astro juga menyediakan saluran percuma, Astro
25 di saluran 100, yang akan menyajikan kandungan tempatan berkisar kepada pengorbanan, semangat
patriotik serta kejayaan yang telah Malaysia kecapi.
Pakej-pakej yang ditawarkan ini dijangka memberi kemudahan dan manfaat kepada orang ramai untuk
menghadapi perubahan norma baharu dalam pendidikan, pekerjaan dan banyak lagi, di samping meringankan
beban perbelanjaan para pengguna.
Maklumat lanjut boleh layari www.mcmc.gov.my.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang