Puasa 10 Muharam diampunkan dosa setahun lalu, rugi wanita tak rebut ganjaran ini

Puasa 10 Muharam diampunkan dosa setahun lalu, rugi wanita tak rebut ganjaran ini
Puasa 10 Muharam diampunkan dosa setahun lalu, rugi wanita tak rebut ganjaran ini
A
A
A

Puasa 10 Muharam diampunkan dosa setahun lalu, rugi wanita tak rebut ganjaran ini

BULAN Muharam bakal menjelma, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharam dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan.

Berpuasa sunat begitu dianjurkan dalam Islam. Masakan tidak, ia menjadi medium untuk mengumpul pahala dan meningkatkan keimanan kepada ALLAH SWT.

Terutama puasa sunat yang paling dekat sekarang adalah pada pada 9, 10 dan 11 Muharam.

Salah satu puasa sunat yang begitu masyhur disebut-sebut dalam hadis adalah berpuasa pada bulan Muharam atau lebih tepat lagi pada 10 Muharam.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tanggal 10 Muharam itu turut dinamakan sebagai hari Asyura.

Terlalu banyak peristiwa penting berlaku pada tarikh keramat berkenaan yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan serta kebenaran.

Banyak keistimewaan dan kelebihan yang ada pada hari ke 10 dalam bulan Muharam ini.

Disebabkan itu, umat Islam menghormati hari Asyura sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Betapa signifikannya 10 Muharam itu sehinggakan umat Islam disunatkan untuk berpuasa yang dipanggil sebagai puasa al-Asyura.

Bukan sahaja pada hari berkenaan, Mazhab Syafie menyatakan, sunat untuk kita berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharam.

Baca juga 4 puasa sunat bulan Muharam, terbaik selepas Ramadan, ini yang perlu wanita tahu

Kredit foto : Freepik

 

Perkara itu ada dijelaskan oleh Imam Syafie Rahimahullah dalam Kitab al-Umm dan al-Imla’: “Disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a), kesepuluh (Asyura) dan kesebelas bulan Muharam, tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharam sahaja.”

Sesungguhnya, ia bukan sekadar anjuran semata-mata. Di sebalik ibadah sunat itu, terselit fadilat yang bukan calang-calang.

Antara kelebihan terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu!

Hadis mengenai kelebihan puasa Asyura;

Fakta itu jelas dinyatakan dalam riwayat yang masyhur iaitu daripada Abu Qatadah Al-Anshari RA, katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda: “Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang”. Kemudian nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharam). Jawab baginda SAW: “Dapat menghapus dosa tahun yang lalu“. (Hadis Riwayat Muslim)

NIAT PUASA HARI TASU’A DAN ASYURA

1. Puasa sunat Tasu'a

• Puasa Tasu’a berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu تِسْعَة (tis’ah) yang bermaksud sembilan.

• Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Muharam dalam kalendar hijrah Islam.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan (Muharam).” (Hadis Riwayat Muslim, Hadis Sahih)

Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a

نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُعَاء سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari Tasu’a pada hari esok kerana ALLAH Ta’ala”.

Baca juga Puasa sunat hari Asyura hari ini. Boleh ke hanya puasa 10 Muharam saja. Ini penjelasannya… 

masjid paling indah di selangor

2. Puasa sunat Asyura

• Asyura berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu عَشَرَة (‘asyarah) yang bermaksud sepuluh.

Lafaz Niat Puasa Asyura

نَوَيْتُ صَوْمَ عَشُرَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari ‘Asyura pada besok hari kerana ALLAH Ta’ala”.

Ayuhlah bersama ambil peluang ini untuk melazimi puasa sunat dalam bulan Muharam.

Justeru, jangan dilepaskan peluang dan kesempatan untuk melakukan ibadah ini. Kerana besar fadhilat menanti.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang dimasukkan ke dalam syurga melalui pintu ar-Rayyan sebagaimana yang tercatat dalam hadis sahih.

Daripada Sahal bin Sa’d RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga bermanfaat!

Sumber: Sinar Islam Plus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca