Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil

hamil
hamil
A
A
A

RADANG otak dan keguguran antara risiko yang akan terjadi jika ibu hamil dijangkiti influenza.

Sana sini kini kembali kecoh mengenai penularan wabak influenza, khususnya dalam kalangan bayi dan juga kanak-kanak.

Influenza atau flu merupakan satu jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza A, influenza B dan influenza C. Virus-virus ini akan menjejaskan sistem badan melalui tekak dan juga paru-paru.

Flu boleh menjadi satu masalah kesihatan yang berbahaya jika tidak diberikan rawatan segera.

Ini kerana flu berisiko mengakibatkan komplikasi kepada kesihatan seperti menyebabkan wujudnya masalah bronkitis, pneumonia, meningitis, kegagalan fungsi ginjal dan kegagalan fungsi hati yang boleh mengancam nyawa.

Sementara itu, golongan dewasa juga berisiko dijangkiti influenza termasuklah wanita hamil.

Disebabkan itu, anda amatlah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami simptom jangkitan influenza seperti;

  • Demam panas
  • Kesakitan sendi dan otot
  • Rasa keletihan yang kronik
  • Sesak nafas
  • Selesema atau hidung tersumbat
  • Sakit kepala

Baca juga Kanak-kanak normal pun boleh ada ciri autisme, ini mak-mak perlu perhatikan

influenza

Bahaya influenza kepada wanita berbadan dua

Dalam tempoh kehamilan, seseorang individu wanita itu akan mengalami perubahan pada sistem imunisasi badan, paru-paru dan juga jantung. Keadaan ini sekali gus menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit yang serius kesan daripada flu.

Mengalami flu atau selesema ketika hamil dianggap sebagai satu situasi yang berbahaya. Ini kerana ia cenderung menyebabkan wujudnya komplikasi kesihatan bukan sahaja kepada ibu mengandung malahan juga bayi yang sedang membesar di dalam kandungan.

Lebih memburukkan keadaan jika individu wanita hamil itu juga menghidap penyakit asma atau diabetes. Masalah kesihatan itu akan membuatkan jangkitan flu yang dialami akan menjadi sangat berbahaya.

Berikut adalah beberapa komplikasi yang berisiko untuk berlaku jika mengalami selesema ketika hamil, antaranya:

  1. Pneumonia

Keradangan paru-paru yang merupakan komplikasi jangkitan flu paling kerap berlaku.

2. Meningitis

Merupakan virus yang merebak ke bahagian otak. Keadaan ini berisiko menyebabkan keradangan berlaku di otak.

3. Bronkitis

Penyakit jangkitan paru-paru.

4. Kelahiran pramatang dan keguguran

Keadaan ini boleh berlaku jika mengalami demam panas yang tinggi melebihi 38.5 ℃ semasa hamil dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.

Langkah pencegahan

1. Mendapatkan suntikan flu merupakan satu perlindungan yang paling terbaik bagi mencegah jangkitan selesema semasa tempoh kehamilan.

Menurut pengesahan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), suntikan ini tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada ibu mengandung yang mengambilnya. Malahan, jika anda mendapatkan suntikan flu ini, sudah tentu ia akan dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi berkaitan influenza daripada berlaku.

Malah menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Doktor Muhammad Izzat Abdul Razak, vaksin influenza mempunyai rekod tahap keselamatan yang bagus dan tidak akan mendatangkan risiko bahaya sama ada kepada ibu mahupun bayi. Sebaliknya vaksin ini akan bertindak untuk melindungi kedua-duanya.

2. Suntikan setiap tahun

Mungkin ada diantara anda sudah mendapatkan suntikan ini pada tahun lalu. Tetapi anda masih perlu untuk mendapatkan suntikan influenza pada setiap tahun. Ini kerana virus yang menyebabkan influenza akan berubah setiap tahun. Jadi keperluan untuk mengambil vaksin ini pada setiap tahun adalah amat digalakkan. Bukankah mencegah itu adalah sesuatu yang lebih baik daripada merawat?

Baca juga Insurans hayat, penyakit kritikal, ini 10 fakta berkenaan i-Lindung wanita wajib tahu

Jangkitan ini boleh merebak dengan cepat dan akan menyebabkan masalah pernafasan yang teruk terutama individu yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan wanita yang sedang hamil.

Walaupun amat jarang untuk berlaku, tetapi wujud risiko untuk menyebabkan keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kelahiran bayi pramatang dan bayi lahir dengan saiz yang kecil sekiranya ibu hamil dijangkiti virus ini.

Bahaya influenza ini sebenarnya. Jadi, amatlah dinasihat kepada ibu mengandung, jika anda mengalami sebarang simptom jangkitan flu, pastikan anda melakukan pemeriksaan dengan doktor pada kadar yang segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: HelloDoktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca