INSURANS ialah sejenis alat kewangan yang anda boleh membeli untuk melindungi diri daripada sebarang kemalangan.

Ini bermaksud ia dapat memberikan perlindungan sekiranya sesuatu yang tidak baik terjadi kepada diri, ahli keluarga atau barangan peribadi.

Daripada pembayaran bulanan, anda akan mendapat perlindungan kewangan jangka panjang, di mana syarikat insurans akan membayar sebahagian daripada perbelanjaan perubatan jika dimasukkan ke hospital atau sejumlah wang kepada orang kesayangan jika berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal.

Berita gembira buat orang ramai, kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Platform layan diri ini dilaksana bagi memudahkan pembelian produk insurans perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal daripada Akaun 2 ahli.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, saluran perlindungan sosial dan keselamatan kewangan itu dapat meringankan bebanan kepada ahli sekiranya berlaku situasi tidak diduga dan di luar kawalan.

Ujarnya, melalui platform itu, ahli boleh mengakses maklumat dan kadar harga insurans dan takaful sedia ada serta membelinya pada bila-bila masa tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Faktor utama yang sering dijadikan alasan untuk tidak memiliki insurans atau takaful ialah harga dan kemampuan.

Untuk itu, KWSP bekerjasama dengan syarikat insurans dan pengendali takaful iaitu FWD Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad, dan Etiqa Family Takaful Berhad.

Baca juga Bantuan Raja Sehari RM1,000 pasangan pengantin di Johor termasuk pemastautin, ini syarat mohon

Anak lambat bercakap, doktor ini kongsi apa ibu bapa perlu buat

Justeru itu, ini 10 fakta mengenai i-Lindung;

1. i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

2. Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

3. Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

4. Syarat-syarat kelayakan memohon;

  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna i-Akaun (Ahli)
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP

5. Jenis perlindungan yang ditawarkan

Iklan
  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Penyakit Kritikal

6. i-Lindung adalah cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan. Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan hanya secara dalam talian. Ia juga memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan.

Baca juga Taip alamat web rasmi, Maybank dedah penipuan laman perbankan palsu

7. Pembelian produk di bawah i-Lindung hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli). Tidak boleh dibeli dengan ejen insurans atau takaful.

8. Pemegang akaun Simpanan Shariah juga boleh membeli. Walau bagaimanapun, ahli beragama Islam amat disarankan untuk menyertai produk takaful kerana Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah (haram).

9. Buat masa ini, tempoh perlindungan yang ditawarkan di bawah i-Lindung adalah selama  satu tahun.

Iklan

10. Perlindungan akan bermula pada hari polisi atau sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi atau sijil akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-lindung.

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.