Rendam kaki, sapu lidah buaya boleh bantu sejukkan badan! Cuba 4 teknik ini rasa segar musim panas

A
A
A

Rendam kaki, sapu lidah buaya boleh bantu sejukkan badan! Cuba 4 teknik ini rasa segar musim panas

ADUHAI panasnya! Malaysia kini sedang mengalami cuaca panas di semua tempat yang membimbangkan.

Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, terdapat penyakit akibat cuaca panas di negara ini dan amat menyedihkan apabila ada kes kematian dalam kalangan kanak-kanak.

Ini disebabkan suhu yang meningkat dan cuaca lebih panas yang mana keadaan ini boleh menyebabkan strok haba dan penyahhidratan yang teruk.

Cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan seseorang individu kerap berpeluh dan menyebabkan cecair dalam badan berkurangan.

Baca juga Teh panas elok diminum ketika cuaca terik? Ini makanan & minuman terbaik penghilang dahaga

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April

Antara gejala penyakit berkaitan cuaca panas ialah badan terasa kering dan panas, denyutan jantung menjadi cepat, pening dan mual selain boleh mengakibatkan sawan ataupun pengsan.

Disebabkan itu, terdapat beberapa petua sejukkan badan boleh anda amalkan di kala waktu ini.

Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, ini petua mengatasi dan mengurangkan rasa panas berbahang supaya badan rasa lebih segar dan selesa.

1. Rendam kaki dalam air sejuk

Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit, mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks.

2. Banyak minum air kosong dan makanan mengandungi air

Semasa cuaca panas tingkatkan pengambilan air kosong dan makanan atau buah-buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberry & sup.

Baca juga 10 minuman segar sesuai dinikmati musim panas

Sumber foto: Freepik

3. Sapu lidah buaya

Lidah buaya boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah. Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk.

4. Ambil makanan berempah

Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantar mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk.

Kari ayam tanpa santan 20 minit jer, boleh masak sambil buat kerja lain

Selain itu, terdapat beberapa lagi bahan yang boleh digunakan untuk menyejukkan tubuh badan seperti;

  • Teh pepermint
  • Daun sederi dan timun
  • Minum air kelapa

Semoga ilmu petua ini dapat membantu anda semua!

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca