Risiko jangkitan HIV, akibat fake veneer. Jangan percaya penunggang kecantikan

A
A
A

GUSI sakit, mulut berbau, gigi kuning dan rosak! Berikut antara kesihatan mulut dialami kesan mendapatkan rawatan daripada 'pakar' tidak bertauliah.

Jika sebelum ini heboh di media sosial mengenai fake braces, kali ini muncul pula fake veneer yang semakin popular dalam kalangan masyarakat.

Veneer merupakan lapisan nipis yang diperbuat daripada bahan khusus dan dilekapkan pada permukaan gigi hadapan individu.

Ia merupakan kaedah membaiki mencantikkan dan melindungi permukaan gigi yang rosak atau bermasalah.

Tidak dinafikan semua insan mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik dan menawan, tetapi janganlah sampai tersilap langkah sehingga memudaratkan diri.

Dek desakan ingin cepat cantik lebih-lebih lagi pada kos murah, segelintir individu sanggup mendapatkan rawatan kecantikan gigi daripada pihak yang tidak sepatutnya. Pendek kata bukan doktor gigi bertauliah.

Apabila menyebut ‘rawatan', maka secara logiknya ia harus dilakukan oleh pakar perubatan profesional.

Mula-mula mungkin nampak cantik, tapi untuk jangka masa panjang ia boleh menimbulkan masalah kesihatan lebih besar.

Doktor gigi bertauliah daripada ICARE Dental Damansara Heights, Dr Ibrahim Shahruddin menyarankan individu yang memakai fake veneer supaya segera mendapatkan rawatan daripada doktor gigi bertauliah.

Ini disebabkan dalam jangka masa tertentu ia boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut yang serius.

Risiko jangkitan HIV, akibat fake veneer. Jangan percaya penunggang kecantikan

Katanya, pertama sekali penunggang kecantikan atau ‘doktor gigi palsu’ langsung tidak kisah tentang kesihatan mulut pelanggan.

Fake veneer akan terus ditampal pada permukaan gigi tanpa mengambil kira faktor karies atau infeksi yang boleh berlaku.

Menurut Dr Ibrahim, karies gigi boleh bertambah besar, malah infeksi jadi lebih buruk jika keadaan dibiarkan.

Akibatnya, individu mungkin perlu melakukan rawatan akar bagi mengelakkan infeksi semakin serius yang mana ia akan bernanah dan membengkak sehingga membahayakan kesihatan mulut.

Berikut masalah yang boleh berlaku:

Skull dan crossbonesosteomyeletis

  • infeksi pada tulang

Skull dan crossbonesludwig angina

  • bengkak sehingga tidak boleh bernafas dan mengakibatkan kematian.

Skull dan crossbonescellulitis

  • infeksi kulit

Mengulas lanjut, pemakaian Veneer yang tebal boleh menyebabkan plak dan makanan mudah melekat pada gigi. Justeru, gusi mula mengalami masalah gingivitis seterusnya merebak pula pada tulang dan menyebabkan periodontitis.

Tegas beliau, gusi berdarah, tulang mengecut dan mulut berbau busuk.

Selain itu, individu berisiko mengalami masalah gigitan atau occlusion tidak rata. Pesakit tidak boleh menutup rapat gigi dan sukar mengunyah sehingga rahang mulut jadi sakit.

Ujar Dr Ibrahim, masalah lebih serius berlaku dikenali lock jaw yang mana mulut pesakit buka luas, tetapi tidak boleh ditutup.

Berbaloikah jika semua komplikasi tersebut berlaku kepada korang semata-mata kerana ingin ‘mencuba’ pemakaian fake veneer?

Jadi, jangan sesekali menggadai kesihatan diri kerana ingin mencuba sesuatu yang boleh mendatangkan risiko lebih parah.

"Sebenarnya, hanya diri sendiri perlu bertanggung jawab terhadap kesihatan mulut," pesan Dr Ibrahim yang turut merayu agar masyarakat menyebarkan maklumat, lebih peka kesihatan mulut dan tidak mudah tertipu dengan penunggang kecantikan.

Baca juga Basuh pakaian guna mesin automatik, ini fungsi butang ‘soak’ atau ‘tub cleaning’ yang perlu dimanfaatkan

Ciri-ciri fake veneer:

1. Warna putih melampau (mentos).

2. Bentuk gigi yang tak simetri/tak sesuai dengan wajah seseorang.

3. Saiz yang terlalu gemuk (bulky).

4. Mudah tertanggal.

5. Pasang sekadar di rumah/salon/butik.

Keburukan fake veneer:

1. Mulut berbau

2. Gigi goyang

3. Sakit sendi di rahang kerana gigitan tidak stabil

4. Masalah gusi

5. Susah nak makan

6. Risiko penyakit berjangkit seperti HIV & TB kerana bahan digunakan tidak tahu tahap kebersihan dan keadaan ketika memasang

Ingat kawan-kawan, salah satu cara untuk gigi adalah merujuk doktor gigi bertauliah dan profesional.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca