Sakit tengah dada waktu pagi jangan ambil mudah, 15 tanda serangan jantung wanita perlu tahu
Sakit di tengah dada waktu pagi jangan dipandang remeh, 15 tanda serangan jantung wanita perlu tahu
BARU-baru ini aktor Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung. Arwah dikatakan rebah ketika bersarapan dengan anaknya sekitar jam 11 pagi.
Arwah meninggal di kediamannya di Bandar Tun Razak dan apabila tiba di hospital, pelakon Hati Bukan Kristal itu disahkan meninggal dunia.
Serangan sakit jantung merujuk kepada heart attack yang berpunca daripada acute coronary syndrome. Tahukah anda serangan jantung waktu pagi paling berisiko?
Menurut Public Health Malaysia, waktu terakhir tidur dan awal pagi adalah masa yang paling bahaya jika berlaku serangan jantung.Ia susulan peningkatan kortisol pada awal pagi yang menyebabkan peningkatan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung.
Ramai orang menyangka bahawa serangan sakit jantung mempunyai simptom yang bersifat tiba-tiba dan sangat menyakitkan, namun hakikatnya ia bermula dengan ketidakselesaan ringan.
Serangan jantung merupakan punca kematian utama di Malaysia.
Tanpa mengira jantina, rakyat Malaysia mengalami serangan jantung pada usia yang lebih muda berbanding negara jiran dan negara maju lain iaitu 58 tahun secara purata.
Antara simptom serangan jantung adalah seperti berikut:
1.Sakit pada bahagian tengah dada
2.Rasa seperti ditekan atau dihenyak
3.Berterusan selama beberapa minit
4.Rasa sakit tersebut datang dan pergi
5.Sesak nafas
6.Berpeluh-peluh
7.Tidak selesa atau kebas pada tengkuk, lengan, rahang, bahu kiri atau belakang badan
8.Pening
9.Loya dan muntah
10.Pitam
11.Pucat
12.Lesu dan penat
13.Rasa kembung
14-Jika anda merupakan golongan berisiko tinggi dan mendapat gejala berikut, jangan tunggu. Dapatkan rawatan segera.
15-Sakit jantung bertarung dengan masa. Semakin lama tempoh serangan jantung, semakin banyak sel dan tisu otot yang mati dan ia boleh berhenti berfungsi.
Jika anda mengalami simptom di atas selama lima minit dan tidak reda, hubungi 999 dengan segera dan pergi ke hospital.
Sumber: Public Health Malaysia
Kredit foto utama: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang