Sendi berbunyi 'krek' biasa terjadi pada wanita, apa tanda & bahaya? Ini penjelasan doktor

A
A
A

SENDI berbunyi krek pasti setiap wanita pernah mengalaminya. Kadang berbunyi pada lutut, kaki mahupun pinggang.

Kita selalu mendengar sendi mengeluarkan bunyi krek ketika meluruskan sendi pada tubuh.

Apa sebenarnya yang terjadi sehingga keadaan itu berlaku? Apakah ia bahaya?

Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, bunyi krek itu dalam bahasa perubatan dinamakan crepitus.

Ia selalu terjadi bila kita melakukan;

  • Meluruskan sendi-sendi jari
  • Meregangkan tubuh terutama bahagian pinggang
  • Meluruskan sendi lutut bila kita berubah posisi duduk kepada posisi berdiri
  • Menggerakkan bahu
  • Memutarkan pergelangan tangan atau kaki
  • Menggerakkan kepala

Baca juga Berlebihan ubat kurus buat organ dalaman rosak, obses ramping macam-macam penyakit singgah

Kredit foto: Freepik

 

Ujarnya, pergerakan tersebut mengeluarkan bunyi dengan lebih ketara apabila kita semakin meningkat umur.

Bagaimanapun, jangan risau ia adalah normal dan tidak berbahaya.

Kata Dr Zubaidi, ia menjadi tidak normal dan merupakan tanda awal suatu penyakit bahaya bila ia mendatangkan rasa sakit atau ada bengkang pada sendi. Elok dapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Mengapa sendi kita berbunyi bila digerakkan? Terdapat beberapa teori yang cuba menerangkan;

1. Berlakunya pengeluaran udara dari cairan dalam sendi.

Cairan sinovial yang terdapat pada sendi mengandungi oksigen, nitrogen, dan karbon dioksida.

Bila kita luruskan sendi, dan ia berbunyi krek, gas dilepaskan dari cairan dan membentuk gelembung pada sendi.

Jika ingin mengulang bunyi yang sama lagi, kita harus menunggu beberapa saat hingga gas kembali masuk semula ke dalam cairan sinovial.

2. Pergerakan sendi, tendon, dan ligamen.

Ketika sendi diluruskan, posisi tendon bergeser keluar sedikit dari posisi asal. Bila tendon kembali semula ke posisi asal, ia mengeluarkan bunyi “krek”.

Pada waktu yang sama, ligamen menjadi semakin menegang, terutama pada sendi lutut atau pergelangan kaki. Ia akan menghasilkan bunyi yang sama.

Baca juga Organ hati paling tinggi jumlah nutrisi, usah berlebihan boleh mudarat

Kredit foto: Freepik

3. Permukaan tulang rawan semakin kasar.

Bagi warga emas, sendi dalam tubuh meteka akan lebih mudah mengeluarkan bunyi krek.

Ini kerana permukaan sendi yang menjadi kasar akibat tulang rawan semakin menipis akibat kekurangan cairan sendi. Ini tidak normal dan perlukan rawatan.

Dalam pada itu, Dr Zubaidi berkata, terdapat beberapa keadaan di mana sendi berbunyi boleh mendatangkan rasa sakit dan ia adalah sesuatu yang serius.

  • Arthritis (radang sendi) atau osteoarthritis.
  • Kecederaan meniskus (cedera pada tulang rawan di sendi lutut).
  • "Patellofemoral pain syndrome" atau rasa sakit pada tulang tempurung lutut.

Biasanya ia tidak memerlukan rawatan tetapi boleh dikurangkan dengan menuam pek ais pada sendi tersebut.

Rawatan perubatan hanya diberikan jika ia menyebabkan rasa sakit atau ada bengkakan pada sendi tersebut. Jadi dapatkan pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun amalan meluruskan sendi bagi mendatangkan bunyi krek tidak harus dilakukan dengan kerap atau terlalu kuat.

Ini kerana ia boleh mencederakan tendon, ligamen dan tulang rawan dalam sendi tersebut.

Apabila semakin berusia ia akan menyebabkan kedatangan masalah keradangan sendi dengan lebih cepat.

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca