Sila log masuk terlebih dahulu.

Organ hati paling tinggi jumlah nutrisi, usah berlebihan boleh mudarat

Organ hati paling tinggi jumlah nutrisi, usah berlebihan boleh mudarat
Organ hati paling tinggi jumlah nutrisi, usah berlebihan boleh mudarat
A
A
A

TAHUKAH anda bahawa hati merupakan organ yang paling tinggi jumlah nutrisi?

Menurut perkongsian seorang ahli kimi, Dr Fatimah Salim, organ hati kaya dengan nutrisi penting seperti zat besi (heme), kuprum, asid folik, riboflavin, protein, vitamin B12, selenium and vitamin A.

Namun, organ hati dari jenis haiwan yang berlainan seperti ayam, lembu dan kambing mengandungi jumlah nutrisi yang berbeza.

Organ hati berfungsi untuk memproses toksin kepada komponen yang lebih selamat atau lebih mudah dikeluarkan dari sistem badan. Namun, ia tidak menyimpan toksin.

Sementara ini, info berkaitan kebaikan pengambilan hati dan kemudaratan untuk kesihatan;

1. Setiap 100 gram organ hati ayam mengandungi sekitar 9mg zat besi yang mana boleh menampung separuh daripada keperluan zat besi harian.

2. Zat besi sangat penting untuk membina sel darah merah yang penting dalam mengekalkan kandungan oksigen badan.

3. Namun organ hati ayam juga sangat tinggi dengan kandungan vitamin A dan zat kuprum, melebihi keperluan harian (recommended dietary intake- RDI).

Baca juga Turunkan berat badan, cantikkan kulit. Ini 12 khasiat lobak putih

Guna microwave senang panaskan makanan, hati-hati perlu cara yang betul

4. Vitamin A merupakan salah satu vitamin yang larut lemak. Apabila diambil secara berlebihan, ia akan disimpan dalam badan.

5. Pengumpulan vitamin A yang banyak dalam badan boleh menyebabkan ketoksikan. Antara gelaja ketoksikan vitamin A adalah gangguan penglihatan, sakit pada bahagian tulang, loya dan muntah.

6. Kandungan zat kuprum yang berlebihan juga boleh menyebabkan ketoksikan. Antara kesan berlebihan kuprum adalah stress dalaman badan (oxidative stress), gangguan sistem saraf dan boleh membawa risiko penyakit Alzheimer.

Baca jugaAwas jangan tertipu! Ikan nampak segar mungkin diawet guna formalin

7. Hati juga tinggi kandungan purina iaitu bahan kimia yang bakal ditukarkan kepada asid urik. Bagi mereka yang mengalami masalah gout, pengumpulan asik urik pada sendi boleh memburukan lagi keadaan sedia ada.

8. Oleh yang demikian, organ hati boleh dimakan dan boleh menjadi salah satu sumber nutrisi yang bagus. Cuma usah berlebihan kerana ianya berpotensi membawa mudarat.

9. Untuk individu normal, hadkan pengambilan seminggu sekali atau dua kali sahaja.

Justeru, apa yang penting ialah ambil tahu tahap kesihatan dan timbang tara antara manfaat dan mudarat setiap makanan kepada kesihatan badan.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca