#SiBibirMerah: Kotak telur kena caj 30 sen, apa lagi selepas ini...

#SiBibirMerah: Kotak telur kena caj 30 sen, apa lagi selepas ini...
#SiBibirMerah: Kotak telur kena caj 30 sen, apa lagi selepas ini...
A
A
A

KOTAK yang diperlukan untuk menutup telur dikenakan caj 30 sen kepada pengguna.

Aduhai! Kotak 'extra' pun kena caj dah? Tempat anda bagaimana?

Bibir Merah percaya perkara itu membuatkan ramai bertambah bengang dalam keadaan sekarang yang rata-rata dalam kegelisahan tentang kenaikan harga barang.

Sejak kelmarin, tular di media sosial, berhubung notis pemberitahuan memaklumkan pihak peniaga berkenaan akan mengenakan bayaran sebanyak 30 sen bagi setiap kotak telur kepada pelanggan.

Notis bertulis "Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen satu untuk kotak tutup atas" itu dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Siti Faerne Angah.

Tindakan sebuah kedai borong di ibu kota itu mengenakan bayaran sebanyak 30 sen bagi setiap satu kotak telur yang dibeli pelanggan, mengundang kecaman warga maya terutamanya di kalangan kaum wanita selaku 'menteri kewangan' rumah tangga.

Baca juga Harga siling baru ayam RM9.40, minyak masak 5 kg dan telur mulai 1 Julai, 10 info berkaitan

Sosej telur hancur mudah, penuhi selera anak-anak

Malah, mereka mengatakan ia satu penindasan terhadap pengguna yang kini tertekan dengan isu harga barang dan kos sara hidup tinggi.

Selain itu, ada menyifatkan caj yang dikenakan itu membuktikan banyak pihak terutama peniaga kini mengambil kesempatan serta bertindak sesuka hati untuk menekan pengguna.

Belum pun reda isu caj pemotongan ayam yang dikenakan 50 sen sekilo, kini kotak telur pula.

Bertabahlah kita semua dalam mengharungi kehidupan sekarang. Harus pandai berjimat, belanja apa yang perlu sahaja.

Bibir Merah tak pasti betul atau tidak tetapi menurut komen-komen pada perkongsian terbabit seperti betul perkara itu berlaku.

Pada pendapat Bibir Merah, selain kita bawa beg sendiri untuk isi barangan, mak-mak juga perlu sediakan tempat meletak telur seperti bekas plastik atau kotak.

Baca juga #SiBibirMerah: Harga siling baru ayam, tarif elektrik tak dinaikkan, tentu mak-mak lega

Bersedialah kita untuk apa lagi caj yang akan dikenakan selepas ini.

Apapun, diharap pihak berwajib pertingkatkan kawalan dan penguatkuasaan ke peringkat akar umbi tentang perkara seumpama ini.

Rakyat bawahan cukup tertekan dengan kos sara hidup yang kian mencabar kini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca