HARGA siling tiga bahan keperluan utama, ayam, telur dan minyak menjadi perhatian ramai terutamanya kaum wanita.

Selain harga ayam standard dijual pada RM9.40 sekilogram bermula 1 Julai, harga siling baharu telur ayam bagi gred A, B, dan C turut mendapat tumpuan di laman sosial Twitter dan Facebook.

Warga maya terutamanya daripada kaum Hawa yang berperanan sebagai ‘Menteri Kewangan’ di rumah meluahkan pelbagai reaksi susulan penguatkuasaan harga baru ini.

Baca juga: #SiBibirMerah: Harga siling baru ayam, tarif elektrik tak dinaikkan, tentu mak-mak lega

Kredit foto: BERNAMA

Baca juga: #SiBibirMerah: Ayam, minyak, telur tiada lagi subsidi 1 Julai, bertabahlah mak-mak

-“I just realised this hari ni 1 Julai 2022, hari harga serba serbi semakin naik.”

-“Bulan lepas peniaga ayam merungut sebab ayam tiada, ayam kecil, stok tak cukup seperti yang di maklumkan oleh pembekal. Tapi tinjauan semalam selepas pengumuman harga ayam tidak jadi diapungkan tiba-tiba ayam berlambak di pasaran. Gemuk gemuk 2 hingga 2.5 kilogram lagi. Ajaib. Ayam dari langit?”

-“Apalah perasaan ayam kalau dia tahu harga diri dia makin naik?”

-“Harga ayam naik? No problem. Tak makan ayam pun I’d still be okay, Alhamdulillah.”

“Rindunya zaman ayam murah RM4.50…”

-“Itu termasuk upah potong atau tidak?”

Baca juga: #SiBibirMerah: Ayam tiada stok, harga naik, dikenakan caj potong, pihak berkuasa tolonglah bertindak

Kredit foto: BERNAMA

Baca juga: Resipi ayam percik tiga generasi laku keras, 250 batang sehari memang tak cukup

Sebagai panduan kepada pengguna, SinarPlus kongsikan 10 butiran harga siling baru bagi ayam, telur dan minyak di pelbagai lokasi di Malaysia seperti berikut;

1-Kerajaan menetapkan harga siling baharu di Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard pada RM9.40 sekilogram.

Iklan

2-Harga telur ayam bagi gred A pada 45 sen sebiji, gred B (43 sen sebiji) dan gred C (41 sen sebiji).

3-Harga tersebut berkuat kuasa bermula 1 Julai untuk tempoh dua bulan.

Kredit foto: BERNAMA

4-Harga siling ayam di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan juga berkuat kuasa 1 Julai untuk tempoh dua bulan iaitu RM9.90 sekilogram di Langkawi, RM11 hingga RM11.30 di Sabah, RM9.80 hingga RM12.90 di Sarawak dan RM11.30 di Labuan.

5-Bagi telur ayam pula, harga gred A ditetapkan pada 47 sen sebiji di Sarawak kecuali Limbang dan Lawas pada 49 sen sebiji, gred B (45 sen hingga 48 sen sebiji), gred C (43 sen hingga 46 sen sebiji); di Sabah pada 50 sen hingga 51 sen sebiji bagi gred A, gred B (49 sen hingga 50 sen sebiji) dan gred C (48 sen hingga 49 sen sebiji).

6-Di Labuan pula, harga telur gred A ditetapkan pada 51 sen sebiji, gred B (50 sen sebiji) dan gred C (49 sen sebiji).

Kredit foto: BERNAMA

7-Selain itu, mulai hari ini juga harga baharu minyak masak bagi lima kilogram dijual pada harga RM42.50 selepas kerajaan tidak meneruskan subsidi bagi minyak botol satu, dua, tiga dan lima kilogram.

Iklan

8-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan Pemeriksaan Fasa II Ops ATM (Ayam, Telur dan Minyak Masak) bagi memantau penguatkuasaan harga siling baru barangan tersebut.

9-Peniaga tidak beretika dalam mengikuti penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam boleh didenda di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

10-Bagi individu, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau atau kompaun sehingga RM50,000. Bagi syarikat yang ingkar, denda sehingga RM500,000 akan dikenakan atau kompaun sehingga RM250,000 menanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.