Suka makan pedas gila! Ini cara cepat nak hilangkan rasa pijar
KALAU makan makanan tak pedas, tak sedap! Tapi kalau terlebih pedas, merana! Pijar lidah, berpeluh-peluh dahi dan kadang-kadang tak tahu kenapa, sampai gatal kepala.
Rasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil capsaicin.
Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau gunakan ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.
Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak.
Apa nak buat kalau termakan makanan yang pedas gila? Minum air? Kumur air? Itu tak berapa berkesan.
Ada cara lebih cepat dan efektif untuk kurangkan pijar lidah. Oleh itu, inilah bahan-bahan yang sangat berkesan untuk kurangkan kepedasan di lidah.
1. Susu
Susu dan keju mengandungi lemak serta casein( protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.
2. Coklat
Ini sedap! Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.
3. Mentega kacang
Ini pun sedap! Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.
4. Asid
Makanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.
Baca juga Ada pasport vaksin Covid-19 boleh la bebas ke luar negara, ini apa yang kita perlu tahu
5. Gula
Biasa dengar kan, orang tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan? Rasa manis boleh membantutkan pedas. Nak sihat, guna madu.
6. Roti
Roti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin. Mungkin sebab tu makan makanan pedas, mesti nasi bertambah!
Makanan pedas-pedas ni memang nikmat, tapi hendaklah berpada-pada.
Namun ingat ya! Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan gastritis, cirit birit, dan masalah kesihatan yang lain.
Moga bermanfaat.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang