Tak perlu invest ribuan ringgit, guna cara DIY ini hasilkan pagar lebih stail, privacy
PINTU pagar yang tidak dapat dilihat dari luar rumah kini semakin menjadi pilihan ramai orang.
Katanya, lebih privacy dan pada masa sama, dapat melindungi aurat ahli keluarga terutamanya sekadar mahu keluar sekejap ke laman rumah sendiri.
Pun begitu, kos untuk menukar kepada pagar jenis tersebut harganya boleh tahan mahal. Boleh cecah RM2,000 hingga RM5,000 jugalah.
Untuk memberi penjimatan, SinarPlus kongsikan video viral seorang pengguna TikTok yang menggunakan username lanamiqaila.
Baca juga: Wanita ini kongsi DIY pencuci homemade guna tiga bahan jer. Siap bantu tanggalkan kesan karat!
Cara DIY beliau memang kreatif, jauh lebih murah dan menjimatkan.
Ujarnya, penggunaan PVC edging yang lebih kecil saiznya akan memberi hasil yang lebih cantik. Hanya guna dua bahan untuk mengubahsuai pintu pagar rumah.
Ia terdiri daripada:
1. PVC edging
2. Gam
Kaedah penyediaannya:
1. Ukur pagar rumah dan potong PVC edging mengikut saiz yang telah diukur.
2. Gunting saiz sama dengan banyak untuk memudahkan proses menganyam.
3. Mula menganyam PVC edging secara berselang-seli seperti menganyam tikar.
4. Gunakan klip kertas untuk bantu melekatkan gam pada penghujung pagar.
5. Gam PVC edging pada hujung pagar. Siap.
Baca juga: Murah & harum! Ini cara DIY pewangi tandas bau kayangan
Baca juga: Sangat power! Ini cara DIY pati semburan kawalan serangga organik 3 bahan, selamat & jimat
Nampaknya mudah sungguh nak buat.
Cuma perlu sedikit kerajinan untuk menyiapkan anyaman pada pagar tersebut. Cara nak anyam pun ala-ala buat tikar jer.
Kepada yang ada cadangan nak mencantikkan pagar, apa lagi, gunalah cara wanita itu. Dah siap boleh tag kami di Instagram atau TikTok SinarPlus.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang